CORETAN HARI INI


Rasa terlalu lama saya menyepi dalam penulisan blog ini.Sibuk dengan urusan lain hingga seakan-akan lupa dengan kewujudan blog sendiri.Saya sendiri tidak pasti masih ada atau tidak peminat blog yang akan singgah membaca penulisan saya setelah hampir dua tahun lebih saya menyepikan diri.Mungkin juga ada pembaca yang beranggapan saya ini sudah meninggal dunia.Hari ini hati saya tiba-tiba terlintas hendak menulis sesuatu di dalam blog.Saya bukanlah jenis manusia yang suka bercerita masalah kepada orang lain,walaupun dengan kawan-kawan yang rapat.Sengaja saya ingin luahan perasaan saya agar hati ini menjadi lebih kuat untuk berhadapan dengan ujian-ujian yang mendatang.

Setiap manusia mesti akan diuji dan setiap manusia pasti ada masalah mereka yang sendiri.Saya arif akan semua itu dan dalam penulisan saya yang sebelum ini pun saya ada menceritakan tentang rahmat ujian dan cara menangani stress.Apa kaitan stress dengan penulisan saya pada kali ini?Adakah kali ini saya dalam keadaan stress?Jawapannya YA memang saya teramat-amat stress ketika saya menulis blog ini.Tetapi,saya perlu control agar penulisan ini tidak menjadi fitnah.

Kita cuba katakan kita ingin ukhwah dikalangan kita ini bagaikan adik beradik.Bagaikan air yang dicincang tidak akan putus.Tetapi kenapa kita tidak pernah tunjukkan?Apakah dengan membiarkan kawan kita bekerja seorang diri tanpa ada siapa yang membantu itu dinamakan ukhwah yang selama ini kita laung-laungkan?Apakah dengan mengkritik kawan kita yang telah bersusah payah bekerja tanpa kita sendiri datang menghulurkan bantuan itu pun dikira ukhwah? Ada yang kata pada saya ukhwah itu tidak perlu ditunjukkan.Oh!kalau macam itu dengan tidak menghulurkan apa-apa bentuk bantuan sedangkan dirinya bergelar kawan @ hanya dengan melihat sahaja kesusahan yang dilalui kawannya sambil berkata kesian, itulah ukhwah ya? Apakah langsung tidak ada rasa simpati yang terbit dalam diri bila kita melihat keadaan kawan kita seperti itu lantas kita hanya tahu kritik,kritik dan mengkritik lagi. Sepatutnya kita bersimpati dengan keadaan sahabat kita seperti itu. Bukan saya hendak mengajar tentang hati manusia sebab kita sendiri sama-sama manusia dan seharusnya faham akan hal ini.

Manusia perlukan tekanan sebab dengan tekanan itulah manusia akan menjadi lebih kuat. Bercakap memang mudah malah lebih mudah dari makan kacang! Tetapi pernah tak terfikir di minda kita ini betapa ramai orang yang masuk hospital-hospital sakit jiwa disebabkan tekanan??? Apakah kemudian kita menuduh bahawa yang gila akibat tekanan itu merupakan manusia yang tiada iman atau mereka yang hidup seolah-olah tidak bertuhan? dengan alasan mereka ini tidak percaya dengan qada' dan qadar yang telah Allah tetapkan.Adakah kita berada ditempat mereka dan menyelami hati mereka dan bertanya kenapa mereka jadi begitu? Kalau tidak pernah maka tutup mulut dan diam dari menuduh manusia lain dengan apa-apa tuduhan yang kita sendiri tidak tahu benar dan salahnya .Kita pun tidak tahu tahap iman kita paras mana,jangan sampai kerana diri kita yang mencanang sesuatu yang tidak pasti ia menjadi penyebab pedihnya seksaan Allah yang menimpa kita. Maka, Jangan samakankan pendirian hidup kita dengan cara kehidupan orang lain sebab setiap manusia itu caranya berbeza.Sepertimana yang dipesan oleh Rasulullah s.a.w agar mendidik anak mengikut zamannya, bukan mengikut zaman kita dididik. Kadang-kadang manusia ini mereka boleh berhadapan dengan tekanan tetapi kalau tekanan itu dirasakan tidak kena pada tempatnya, mana-mana jiwa pun akan memberontak. Kucing pun kalau diberi makan dan minum tetapi dia dikurung didalam sangkar, tidak diberi peluang untuk bebas, dia pun akan tertekan lalu memberontak. Sedangkan kucing yang binatang pun tahu rasa nak memberontak apatah lagi manusia. Bukan saya menyatakan tekanan itu tidak perlu tetapi kalau tekanan itu ditimpakan oleh individu ke atas individu lain dalam keadaan tekanan itu tidak kena pada tempatnya, bukankah itu namanya zalim? Jiwa mana yang tidak akan memberontak bila tekanan demi tekanan yang dirasakan belum habis,ditambah dengan kritikan demi kritikan sedangkan kawan-kawan yang lain hanya melihat ataupun mendengar dan dengan respon buat muka kesian yang kononnya ikhlas. Memang saya sengaja meletakkan nama kawan,SEBAB APA? sebab gelaran sahabat amat tidak layak bagi manusia seperti ini.Keterikatan ukhwah yang dicanangkan tidak dipraktikkan pun. Yela, tetapi sebab apa layak panggil kawan?Nak tahu sebab apa? sebab kawan makan kawan banyak kali kita dengar dan kerap kali berlaku. Habis,kira saya menuduhlah yang ada diantara kita ini kawan yang makan kawan?.Tidaklah begitu,tetapi siapa yang makan cili rasalah pedasnya!.

Hidup perlu memberi sebanyak-banyaknya bukan menerima sebanyak-banyaknya. Memanglah , bila kena pada orang lain bolehlah kita nak cakap begini. Cuba kalau terkena pada diri kita sendiri? Berapa peratus kita dapat bertahan. Tipulah kalau akan tetap bertahan hingga kehujung nyawa. Bila orang buat kerja seorang ,kita kata jangan mengeluh dan hidup ini perlu beri sebanyak-banyaknya.Sekarang saya nak tanya..Berapa banyak dah pertolongan yang kita bagi kepada dia? Kalau ye menjadikan prinsip hidup dengan kata-kata itu maka buktikanlah.Jangan hanya melihat tanpa habuk pertolongan pun yang ingin dihulurkan.Bukan minta tolong duit pun,minta tolong keluarkan sedikit tenaga bagi meringankan bebanan.Itupun tidak terlintas ke untuk dilakukan? Bila orang rasa putus asa untuk terus membantu,tahu pula kita yang kita bakal kehilangan sesuatu yang berharga.Habis tu,depan mata seolah-olah tidak tahu hendak berterima kasih dan melayan pula bagaikan seorang hamba abdi..

Kita hidup ini berukhwah itu biarlah betul-betul.Kalau masa susah senang tidak dapat berkongsi sama-sama. Minta tolong hentikanlah kepura-puraan itu sebabnya saya cukup-cukup meluat dan membenci manusia seperti ini. Rasa meluat dan benci ini hanya akan berakhir bilamana manusia itu betul-betul berubah daripada menjadi manusia yang hipokrit.Tidak baik benci orang?Siapa kata saya nak membenci hingga akhir hayat saya? Manusiakan tidak semuanya sempurna..Habis tu kalau dah tahu kenapa tidak berlatih untuk menjadikan diri itu yang terbaik untuk orang-orang disekitar?Ahh!!! saya malas mendengar apa-apa hujah sebab saya tahu dari awal lagi memang saya akan dihujah.SEBAB APA?sebab kalianlah yang saya sebutkan tadi dan kalian jugalah yang makan cili dan terasa pedasnya sekarang ini! Maka, tidak perlu cuba untuk menimbulakn berbagai-bagai andaian kerana perbuatan itu hanya akan menyebabkan orang lain boleh tahu siapa kalian yang saya nyatakan disini.So, makin banyak mendatangkan persoalan maka makin kalian menyingkap aib kalian sendiri..