STRES
Dua hari lepas saya telah meminjam sebuah buku daripada seorang teman.Buku bertajuk Petua Menangani Stres,karangan Dato' Dr.Hj.Mohd.Fadzilah Kamsah bersama Haji Muhammad Zakaria. Buku tersebut telah memberi pendedahan tentang punca,tanda dan cara menangani masalah stres.
Stres bermaksud tekanan,desakan,bebanan,konflik,keletihan,ketegangan,panik.perasaan gemuruh,kemurungan dan hilang daya punca.Ia terhasil apabila seseorg merasa keperluannya melebihi keupayaan maka stres akan terjadi.Stres memberi tindak balas yang berbeza bergantung kepada persepsi setiap individu.Individu yang melihat sesuatu ransangan stres itu dari sudut yang positif dan membina maka ia akan memberi keuntungan pada diri mereka sendiri.Manakala jika seseorang individu melihat ransangan stres itu sebagai faktor kegagalan dan kejatuhan maka mereka menimbulkan kerugian pada diri mereka sendiri.
PUNCA-PUNCA STRES
1)Faktor sifat semulajadi
-Selalu ingin kemenangan dan tidak suka menghadapi kekalahan
-Terlalu teliti atau bersikap perfectionist
-Suka mendesak dan menekan orang lain.
-Tidak boleh melihat orang lain senang atau lebih daripada yang dimilikinya.
-Tidak suka menerima teguran.
-Suka menimbulkan permusuhan
-Bersangka buruk dan hasad dengki
-Suka berdendam dan menyimpan rasa hati
2)Faktor ilmu dan pendidikan
-Kejahilan adalah musuh utama bagi setiap manusia.
3)Faktor suasana dan tempat
-Suasana yang baik memberi kita kehidupan yang lebih tenang dan harmoni.
-Suasana sekeliling yang kurang baik menambahkan lagi ketegangan dan tekanan dalam hidup seseorang.
4)Faktor tanggungjawab dan kerjaya
-Tangungjawab yang terlalu banyak atau terlalu sedikit.
-Terlalu banyak keputusan yang perlu dibuat.
-Pengharapan yang terlalu tinggi daripada orang ramai.
-Kerja yang membosankan.
-Jawatan yang statik dan terbatas.
-Tidak dapat menguruskan tanggungjawab dan kerjaya dengan sempurna.
5)Hubungan sesama manusia
-Hubungan:-
*didalam keluarga
*ditempat kerja
*dalam persatuan dan organisasi
*dalam masyarakat
*rakan sekeliling
sekiranya hubungan ini dapat dijaga maka keharmonian dan ketenangan dapat dicapai. Manakala sekiranya hubungan terjejas maka keseimbangan sukar dicapai dan suasana kehidupan menjadi lebih tertekan.
6)Kecelaruan matlamat dan cita-cita
Matlamat dan cita-cita penting untuk menentukan arah tuju hidup kita.Bagi seorang muslim, matlamat bukan hanya untuk didunia sahaja malah untuk diakhirat juga.
7)Masalah hubungan dengan Allah
Kita boleh mencapai ketenangan jika kita menjaga hak Allah.Hak Allah ialah segala suruhanNya dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan segala laranganNya dihindarkan bersungguh-sungguh.
8)Gangguan perasaan
Seseorang harus bijak mengawal emosinya agar tekanan dapat dikurangkan
cara mengelakkan gangguan perasaan
-bertenang
-beristighfar minta ampun kepada Allah
-cari punca masalah
-cari jalan keluar
-senaraikan beberapa pelan;pelan a,b,c,d dan
seterusnya..
-laksanakan pelan dengan bersungguh-sungguh
TANDA-TANDA DAN KESAN STRES
*Stres yang membawa kesan negative
1)reaksi perasaan
-mudah marah
-mudah menangis dan bersedih hati
-kecewa dan mudah hampa
-mudah mengamuk
2)sukar untuk menyelesaikan masalah
3)prestasi diri mulai merosot
4)idea mulai kurang
5)menghadapi masalah cepat lupa
6)menghadapi masalah cepat sakit dibahagian fizikal
7)sukar tidur
8)selera makan berkurang atau bertambah
9)berubah kelakuan
*Stres yang membawa kesan positif
1)meningkatkan motivasi diri
2)meningkatkan amalan dan usaha
3)meransang individu pertahan dan melindungi diri
4)meningkatkan potensi diri
PETUA-PETUA BERKESAN MENANGANI MASALAH STRES
1)kenal pasti tahap tekanan
2)kenal pasti punca tekanan
3)mengkoreksi diri dan muhasabah
4)memperkemaskan kaedah kita mengurus emosi
5)kaji semula pegangan hidup
6)seimbangkan semula hidup anda
7)bentuk kemahiran untuk mengurus diri
8)menguatkan hubungan dengan Allah
9)jaga hubungan sesama manusia
10)hiasi pribadi dengan akhlak mulia
11)lakukan kegiatan fizikal
12)melakukan amalan pencegahan
13)lakukan aktiviti santai
14)mengamalkan kaedah rawatan yang berkesan
15)hidupkan suasana ketenangan dan keceriaan
16)meluahkan kepada seseorang yang dipercayai
semoga pendedahan yang sedikit tentang punca,kesan dan cara mengatasi stres sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam menyelesaikan stres yang dihadapai.Wallahualam.
p/s:Maklumat lanjut sila dapatkan buku berkenaan di kedai-kedai buku berhampiran rumah anda.sila dapatkan dengan harga RM19.90 bagi semenanjung Malaysia dan RM21.90 bagi Sabah dan Sarawak.(^_^)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment