Teruskan perjuangan...

Beberapa hari yang lalu sahabat yang saya hormati telah pulang ke tanah air meneruskan perjuangannya.Kepulangannya ke tanah air itu memberikan kegembiraan kepada keluarga serta saudara maranya..tetapi,dalam detik yang sama ia membuatkan saya serta teman-temannya yang masih meneruskan pelajaran disini merasa sedih.Bagi saya,kepulangannya itu sedikit sebanyak membuatkan saya kian bersemangat untuk meneruskan perjuangan disini hingga berjaya walaupun disebahagiannya lagi terasa seperti semangat telah dibawa terbang ke tanah air bersama-sama..tetapi jasad masih disini..maka perjuangan perlu diteruskan..usaha perlu digigihkan lagi..

"Belajar rajin-rajin..mas kena ingat mak ayah kat kampung..jangan malas-malas lagi..kalau boleh lepas ini terus ala tul..tak ada sangkut atau tambah tahun lg..ingat!rajinkan diri ke kuliah jangan malas ke kuliah..ingat tujuan asal kita ke sini sebab belajar..jadi jangan asyik laghah je..jangan selalu main internet sampai lupa belajar..mas kena najah lepas ini..ini je yang dapat saya pesan..lepas saya balik ni..mas tidak akan dengar lagi saya beri nasihat..jadi mas kena usaha sungguh-sungguh untuk berjaya.."pesanan terakhir yang saya dapat sebelum sahabat saya pulang.walaupun ayatnya nampak biasa tetapi ia meninggalkan kesan yang amat mendalam di hati saya.Menangis saya mendengar nasihat ini..mungkin kerana ia disampaikan oleh seseorang yang saya hormati apatah lagi dia menasihati saya buat kali terakhir sebelum dia berangkat ke mathar.

Saya terus tanamkan azam dalam diri saya bahawa saya akan berusaha sebaik mungkin untuk imtihan kali ini..najah atau tidak saya redha..yang penting saya akan berusaha lebih giat pada tahun ini...saya yakin jika saya usaha Allah akan menilainya..andai tiada rezeki saya..mungkin ada hikmah disebaliknya..apa-apa pun...perjuangan perlu diteruskan...insyaAllah..

MUSIM KULIAH INI

Musim kuliah sudah bermula..bagi pelajar-pelajar Al Azhar ini antara detik-detik yang mencabar..dan ini juga merupakan satu cabaran yang besar..manakan tidak...dengan musim sejuk serta lihaf yang seolah-olah enggan meninggalkankan tuannya(ayat balaghah)..menghadiri muhadarah di kuliah merupakan satu agenda yang amat berat untuk dilaksanakan oleh sebahagian pelajar.Lebih malang lagi ada diantara kita yang datang ke kuliah hanya pada waktu imtihan sahaja..dokter dan doktorah pon tidak mereka kenali..sepatutnya kita perlu menanamkan sifat sifar ponteng kuliah ke dalam diri kita..saya berpendapat begitu kerana bagi saya ilmu dan kenajahan itu diambil kira dengan berkat dari dokter dan doktorah..

Pelbagai macam alasan yang mungkin dapat dicipta oleh pelajar yang jenis tidak rajin ke kuliah.Antaranya tidak memahami apa yang di ajar oleh dokter dan doktorah..alasan ini bukan sahaja alasan biasa malah ia sudah menjadi alasan lapuk yang telah ditelan zaman...ada juga yang beralasan bahawa berpesatuan membuatkan mereka tidak ke kuliah..tetapi bila diselidik semula..program BKAN pun susah nak ikut apatah lagi hendak menolong pesatuan..alasan yang tidak munasabah..Cuba kita ambil contoh ustaz Hairul Nizam Mat Husien..dia kuat dengan persatuan dia juga rajin menghadiri kuliah..jadi jangan jadikan alasan pesatuan sebagai sebab kita tidak menghadiri kuliah..

Ada yang mengatakan bahawa kuliah duduk sesama budak-budak arab yang kasar serta perangai abla yang menyakitkan hati serta peraturan dan urusan yang tidak bersistematik membuatkan minda dan jiwa seolah-olah ditekan-tekan sehingga menimbulkan satu sikap tidak datang ke kuliah..aiii..bukankah Al Azhar ini antara universiti yang memang penuh dengan cabaran??kalau tidak boleh terima dengan cara universiti yang tidak bersistematik ini kenapa perlu datang ke sini??banyak lagi universiti yang bersistematik ada di Malaysia,kenapa tidak masuk sahaja universiti tersebut??

Sebenarnya apa yang saya dapat simpulkan..kehendak serta niat kita yang semakin hari mungkin kian terpesong dari hadaf yang sebenar menjadikan kita susah untuk ke kuliah..
kemudian sikap MALAS yang memang ada dalam diri kita tidak cuba kita buang dari terus menjadi virus kepada sifat kerajinan kita..Jadi sepatutnya kita perlu menyedari bahawa kemalasan kita ke kuliah ini akan membuatkan kita menjadi antara pelajar-pelajar yang tidak diberkati oleh dokter serta doktorah lantas masalah ini akan memberi kesan kepada kehidupan kita akan datang dan kemungkinan besar juga ia memberi kesan pada natijah kita seusai imtihan nanti..

Diharapkan selepas ini kita sama-sama merajinkan diri kita ke kuliah..nasihat ini saya tujukan juga kepada diri saya sendiri serta kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang saya sayangi..semoga kita menjadi manusia yang bukan sahaja memiliki ilmu malah memiliki hidayahNya juga..aminnn

selamat menyambut hari lahir....

salam ukhwah buat semua...

Setiap detik waktu membuatkan kita matang dan menambahkan lagi pengalaman dalam diri kita..pengalaman manis dan pahit itu menjadi sebahagian dari bekalan untuk kita semakin tabah mengharungi liku-liku kehidupan ini..kadangkala..segala cabaran yang kita hadapi dalam kehidupan ini membuatkan kita terlupa dan seakan-akan tidak sedar bahawa semakin bertambah umur kita maka semakin banyaklah amalan kita dihitung olehNya..samada yang baik ataupun yang buruk..

Bulan November ini ramai kawan-kawan saya yang menyambut hari jadinya...jadi saya ingin mengucapkan "happy birthday"kepada Siti Afizannor,Nur Azzuhra,Siti Umairah dan kak Ain Fatehah serta adik perempuan saya yang bernama Syarifah Raudahton Munirah..semoga kalian semua sentiasa berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat..dan sentiasa berada di bawah rahmatNya..jadikan lah nikmat usia yang telah diberikan Allah ini sebagai satu amanah untuk kita sentiasa menjadi manusia yang mampu memberikan kebaikan di dalam agamaNya ini..wallahualam..

SELAMAT HARI RAYA

Gerak waktu yang semakin pantas sekarang ini hampir membuatkan saya seperti tidak menyedari bahawa bulan Ramadhan sudah sampai ke penghujungnya.Tidak dinafikan terbit rasa sedih apabila memikirkan samada dapat atau tidak untuk saya menyambut bulan yang penuh barakah ini pada tahun akan datang?serta mampukah saya terus istiqamah dengan ibadah-ibadah sunat yang kebiasaannya dilakukan oleh setiap daripada manusia yang mengetauhi dan menyedari betapa besarnya ganjaran pahala yang dijanjikan pada bulan ini.Mampukah diri melaksanakan ibadah sunat itu bukan setakat di dalam bulan Ramadhan sahaja bahkan terus istiqamah dengan ibadah ini pada bulan-bulan lain yang mendatang?ahhh..apa yang penting niatkan dahulu di dalam hati.InsyaAllah segala niat baik kita itu akan di aminkan oleh para malaikat dan kemudian dimakbulkan olehNya,asalkan niat itu diiringi dengan kehendak serta usaha yang kuat daripada diri sendiri.

Raya kali ini seronok atau tidak?kebanyakan orang mengatakan raya itu menyeronokkan.Ya,memang raya itu hakikatnya disambut untuk kita bergembira.Cuma bagi pelajar yang tinggal di Villa Imtiyaz Balqis,raya pada tahun ini mungkin tidak semeriah mana..memandangkan ahli bait di rumah ini ada yang pulang meneruskan perjuangannya di Malaysia.Sedikit sebanyak kepulangannya itu telah memberi kesan di dalam hati penghuni Villa Imtiyaz Balqis yang lain.Harapan kami pada mulanya ingin sama-sama menyambut kemeriahan raya kali ini sebagai raya terakhir memandangkan kami akan meninggalkan Villa Imtiyaz Balqis ini tidak lama lagi.Tetapi,manusia itu hanya boleh merancang sahaja dan yang menentukan segala hakikat kehidupan ini hanyalah Allah s.w.t.Setiap manusia mempunyai hala tuju masing-masing..jadi,pertemuan dan perpisahan itu sudah menjadi adat dalam sebuah kehidupan ini.

Di ketika hampir tibanya hari yang mulia ini ,saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA buat semua muslimin dan muslimat.Mohon ampun dan maaf jika selama mengenali saya ada terdapat kesalahan yang saya lakukan samada secara sengaja ataupun tidak.Semoga di dalam kita bergembira menyambut Aidilfitri ini kita tidak terlupa kepada saudara-saudara kita yang kehidupannya tidak sesempurna kita.Lebih-lebih lagi kepada saudara kita yang berada dalam keadaan tidak aman seperti di Palestin.Semoga kita dapat bersama-sama mendoakan keselamatan dan kesejahteraan mereka.Aminn
Selamat Menjalani Ibadah Puasa bagi semua umat muslimin.Ingatlah,puasa ini bukan sahaja menahan diri dari makan dan minum tetapi ia juga mengajar kita supaya bersikap sabar serta dapat mengawal nafsu dalam diri.Puasa membuatkan kita dekat pada Allah dan bulan ramadhan ini merupakan bulan bagi ummat islam sepertimana yang pernah disabdakan oleh nabi kita.Di dalam bulan ramadhan ini telah dianugerahkan Allah pelbagai hikmah dan keberkatan untuk kita sama-sama dapat mengutipnya,maka,alangkah ruginya bagi manusia yang tidak menjadikan bulan ramdhan ini sebagai satu bulan yang dipenuhi dengan amalan-amalan kebaikan.Walaupun sedikit susah bagi seseorang yg jarang mengawal dirinya dari melakukan maksiat tetapi percayalah andai diri dilatihkan untuk mendidik nafsu pada bulan ini insyaAllah kita mampu untuk menjadikan bulan ini dan bulan-bulan seterusnya lebih baik dari yang sebelumnya.
Ramai orang bertanya kenapa pada bulan ramadhan ini ada juga manusia yang melakukan kejahatan sedangkan dikatakan bahawa para syaitan diikat pada bulan ini dan pada bulan ini dibuka juga pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka?kalau saya diminta untuk menjawab soalan ini,saya akan memberikan jawapan yang bagi saya ianya mengikut logik bagi diri saya sendiri, diri yang tidak pernah dikawal dan dididik nafsunya selama sebelas bulan maka mampukah dia mengawal dan mendidik nafsu itu hanya dalam tempoh sebulan sahaja?bolehkah diri itu berubah serta merta dalam tempoh sebulan jika ia tidak betul-betul disertai dengan niat yang benar-benar kuat untuk berubah?
Jadi kesimpulannya sekiranya kita tergolong daripada manusia yang tidak pernah mendidik diri serta nafsu kita maka,jadikanlah bulan ramadhan ini sebagai detik dan langkah permulaan untuk kita berusaha merubah diri kita ke arah yang lebih baik.Semoga Jannah itu menjadi milik kita semua dan semoga setiap langkah perjalanan kita sentiasa mendapat rahmat dariNya.aminn
Walaupun sudah terlambat untuk saya mengucapkan selamat pengantin baru kepada dua sahabat saya yang sudah sebulan lebih mendirikan masjid,tetapi saya rasa tidak salah untuk melafazkan ucapan tahniah kepada mereka berdua,SELAMAT PENGANTIN BARU dan TAHNIAH buat Ude dan Dea.Semoga hari-hari yang bakal dilalui ini sentiasa mendapat keberkatan dariNya.

STRES


Dua hari lepas saya telah meminjam sebuah buku daripada seorang teman.Buku bertajuk Petua Menangani Stres,karangan Dato' Dr.Hj.Mohd.Fadzilah Kamsah bersama Haji Muhammad Zakaria. Buku tersebut telah memberi pendedahan tentang punca,tanda dan cara menangani masalah stres.

Stres bermaksud tekanan,desakan,bebanan,konflik,keletihan,ketegangan,panik.perasaan gemuruh,kemurungan dan hilang daya punca.Ia terhasil apabila seseorg merasa keperluannya melebihi keupayaan maka stres akan terjadi.Stres memberi tindak balas yang berbeza bergantung kepada persepsi setiap individu.Individu yang melihat sesuatu ransangan stres itu dari sudut yang positif dan membina maka ia akan memberi keuntungan pada diri mereka sendiri.Manakala jika seseorang individu melihat ransangan stres itu sebagai faktor kegagalan dan kejatuhan maka mereka menimbulkan kerugian pada diri mereka sendiri.

PUNCA-PUNCA STRES

1)Faktor sifat semulajadi
-
Selalu ingin kemenangan dan tidak suka menghadapi kekalahan
-Terlalu teliti atau bersikap perfectionist
-
Suka mendesak dan menekan orang lain.
-Tidak boleh melihat orang lain senang atau lebih daripada yang dimilikinya.
-Tidak suka menerima teguran.
-Suka menimbulkan permusuhan
-Bersangka buruk dan hasad dengki
-Suka berdendam dan menyimpan rasa hati

2)Faktor ilmu dan pendidikan
-
Kejahilan adalah musuh utama bagi setiap manusia.

3)Faktor suasana dan tempat
-
Suasana yang baik memberi kita kehidupan yang lebih tenang dan harmoni.
-Suasana sekeliling yang kurang baik menambahkan lagi ketegangan dan tekanan dalam hidup seseorang.

4)Faktor tanggungjawab dan kerjaya
-
Tangungjawab yang terlalu banyak atau terlalu sedikit.
-Terlalu banyak keputusan yang perlu dibuat.
-Pengharapan yang terlalu tinggi daripada orang ramai.
-Kerja yang membosankan.
-Jawatan yang statik dan terbatas.
-Tidak dapat menguruskan tanggungjawab dan kerjaya dengan sempurna.

5)Hubungan sesama manusia
-Hubungan:-
*didalam keluarga
*ditempat kerja
*dalam persatuan dan organisasi
*dalam masyarakat
*rakan sekeliling
sekiranya hubungan ini dapat dijaga maka keharmonian dan ketenangan dapat dicapai. Manakala sekiranya hubungan terjejas maka keseimbangan sukar dicapai dan suasana kehidupan menjadi lebih tertekan.


6)Kecelaruan matlamat dan cita-cita

Matlamat dan cita-cita penting untuk menentukan arah tuju hidup kita.Bagi seorang muslim, matlamat bukan hanya untuk didunia sahaja malah untuk diakhirat juga.

7)Masalah hubungan dengan Allah
Kita boleh mencapai ketenangan jika kita menjaga hak Allah.Hak Allah ialah segala suruhanNya dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan segala laranganNya dihindarkan bersungguh-sungguh.

8)Gangguan perasaan
Seseorang harus bijak mengawal emosinya agar tekanan dapat dikurangkan
cara mengelakkan gangguan perasaan
-
bertenang
-beristighfar minta ampun kepada Allah
-cari punca masalah
-cari jalan keluar
-senaraikan beberapa pelan;pelan a,b,c,d dan
seterusnya..
-laksanakan pelan dengan bersungguh-sungguh

TANDA-TANDA DAN KESAN STRES

*Stres yang membawa kesan negative

1)reaksi perasaan
-
mudah marah
-mudah menangis dan bersedih hati
-kecewa dan mudah hampa
-mudah mengamuk
2)sukar untuk menyelesaikan masalah
3)prestasi diri mulai merosot
4)idea mulai kurang
5)menghadapi masalah cepat lupa
6)menghadapi masalah cepat sakit dibahagian fizikal
7)sukar tidur
8)selera makan berkurang atau bertambah
9)berubah kelakuan

*Stres yang membawa kesan positif

1)meningkatkan motivasi diri
2)meningkatkan amalan dan usaha
3)meransang individu pertahan dan melindungi diri
4)meningkatkan potensi diri


PETUA-PETUA BERKESAN MENANGANI MASALAH STRES

1)kenal pasti tahap tekanan
2)kenal pasti punca tekanan
3)mengkoreksi diri dan muhasabah
4)memperkemaskan kaedah kita mengurus emosi
5)kaji semula pegangan hidup
6)seimbangkan semula hidup anda
7)bentuk kemahiran untuk mengurus diri
8)menguatkan hubungan dengan Allah
9)jaga hubungan sesama manusia
10)hiasi pribadi dengan akhlak mulia
11)lakukan kegiatan fizikal
12)melakukan amalan pencegahan
13)lakukan aktiviti santai
14)mengamalkan kaedah rawatan yang berkesan
15)hidupkan suasana ketenangan dan keceriaan
16)meluahkan kepada seseorang yang dipercayai


semoga pendedahan yang sedikit tentang punca,kesan dan cara mengatasi stres sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam menyelesaikan stres yang dihadapai.Wallahualam.

p/s:Maklumat lanjut sila dapatkan buku berkenaan di kedai-kedai buku berhampiran rumah anda.sila dapatkan dengan harga RM19.90 bagi semenanjung Malaysia dan RM21.90 bagi Sabah dan Sarawak.(^_^)




Musim imtihan kuliah berlalu....

salam....

Imtihan di kuliah akhirnya selesai juga,kalau dahulu sebelum imtihan saya rasa takut dan berharap agar imtihan segera berlalu.Tetapi sekarang rasa rindu ingin ke kuliah mula menapak dalam diri.Selama lebih kurang 4 bulan cuti ini niat pertama ingin talaqi di masjid azhar seperti mana tahun lepas.Semoga hajat tercapai..imtihan,imtihan dan imtihan..walaupun imtihan kuliah sudah selesai tetapi masih ada imtihan lain dalam kehidupan ini yang perlu kita tempuhi.

Mungkin bagi kita yang tidak pulang ke tanah air,kita menyangka bahawa andai dapat pulang ke tanah air itu merupakan satu peluang untuk kita bebas sementara daripada bergelar mahasiswa/wi. Mungkin juga ada dia antara kita yang berfikiran bahawa tiada masalah yang akan muncul apabila kita menjejakkan kaki ke Malaysia.Imtihan itu sentiasa ada di mana sahaja,tidak kira samada kita balik ataupun kita tetap tinggal disini.

Seperti mana tahun lepas,saya mendengar banyak keluhan daripada mereka yang pulang ke Malaysia.Ada yang kata bosan sebab tidak tahu apa yang ingin dibuat.Ada juga yang kata seronok kerana dapat beraya bersama keluarga.Apa pun,semua keadaan itu bergatung kepada cara individu itu sendiri menguruskan waktu yang terluang mereka dengan perkara-perkara yang bermanfaat.

Bagi yang ingin pulang ke Malaysia,penuhi diri dengan ilmu kerana setelah kita bergelar mahasiswa/wi azhar kita akan menjadi tempat rujukan masyarakat untuk bertanya hal hukum hakam islam.Seandainya kita tidak mampu untuk menjawab apa soalan yang diutarakan takut-takut kita akan semakin dipandang rendah dan dianggap hanya sekadar melancong datang ke bumi Mesir ini(bak kata ustaz Hairul Nizam).Sebelum fitnah itu terjadi isilah masa yang masih berbaki di sini untuk menimba sedalam-dalamnya ilmu agar kita ada benteng penguat diri ketika ditanya tentang hukum agama.

Bagi pelajar yang tidak pulang ke Malaysia,masa yang tersisa ini jadikan ia sebagai waktu untuk kita mengutip seberapa banyak ilmu yang ada.Bnyak pengajian yang diadakan termasuklah di masjid azhar,kelas tafaquh yang dibuat oleh Pmram juga Bkan.Walau bagaimanapun,setiap individu sendiri yang seharusnya bijak memikirkan tanggungjawab datang ke bumi mesir ini.Andai seribu macam nasehat dan pesanan diberikan tetapi rasa tanggungjawab untuk memenuhi ilmu tidak ada dalam diri individu itu sendiri maka ianya sia-sia sahaja.wallahualam.

Tidur,tidur dan tidur

Tidur itu merupakan satu nikmat daripada Allah sepertimana firmanNya didalam Al-quran yang bermaksud"Dan kerana rahmatNya,Dia jadikan kamu malam dan siang,supaya kamu beristirehat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari kurniaNya(pada siang hari)dan agar kamu bersyukur kepadaNya".(surah al-qashash:73).Setiap sesuatu yang diciptakan oleh Allah mempunyai hikmah yang tersendiri,begitu juga dengan tidur.Tidur mampu mengembalikan tenaga ke dalam tubuh setelah seharian tenaga itu dikerah untuk melakukan pelbagai kerja.

Setiap manusia harus mengelakkan tidur yang berlebihan kerana tidur yang berlebihan itu tidak baik untuk kesihatan malah ia boleh menyebabkan badan kita menjadi lemah.Tidur yang sedikit mampu memerangi penyakit ego seperti mana yang dikatakan oleh Yahya ibn Muadz al-Razi, “Perangilah egomu dengan empat bilah pedang: sedikit makan,
sedikit tidur, sedikit bicara, dan sabar ketika seseorang menjahatimu. .. Dengan begitu, egomu akan menapaki jalan ketaatan, seperti seorang penunggang kuda yang melaju di medan perang.” Bak kata guru saya semasa di MP dahulu"tidur itu latihan mati".Bukanlah ia melarang untuk tidur tetapi kalau tidur itu melampau batas yang sepatutnya memang nampak seolah-olah ia bagaikan satu latihan untuk merasai bagaimana mati.

Imam Ibn Qaiyim pernah berkata:
"Sesiapa yang meneliti cara tidur dan jaga Rasulullah saw, akan mendapati bahawa tidur baginda adalah yang paling seimbang dan paling bermanfaat untuk badan, anggota dan kekuatan. Baginda tidak pernah tidur lebih dari kadar yang dihajati dan tidak pernah mencegah dirinya daripada kadar keperluannya."


Cara tidur Rasulullah:-

1)Diriwayatkan daripada ibn Qaiyim :Adalah Nabi tidur dengan berbaring ke kanan dan beliau meletakkan tangannya yang kanan dibawah pipinya yang kanan.
Imam Ibnul Jauzy berkata: “Keadaan tidur seperti ini sebagaimana ditegaskan oleh pakar kedokteran merupakan keadaan yang paling baik bagi tubuh”

2)sebuah hadith sabda Nabi,diriwayatkan daripada Baro bin Azib:Apabila kalian hendak mendatangi tempat tidur maka berwuduklah kalian seperti mana wuduk kalian untuk solat.

Cara tidur yang dilarang:-

1)sesungguhnya Nabi melarang tidur terlungkup sepertimana didalam sabdanya
,Dari Tikhfah Al-Ghifari dia berkata: Suatu ketika tatkala aku tidur didalam masjid, tiba-tiba ada seorang yang menghampiriku, sedangkan aku dalam keadaan tidur terlungkup, lalu dia membangunkanku dengan kakinya seraya berkata: “Bangunlah! Ini adalah bentuk tidur yang dibenci Allah, maka aku pun mengangkat kepalaku ternyata beliau adalah Nabi.
Berkata Syaroful Haq ‘Azhim Abadi: “Berdasarkan hadith ini, bahwa tidur telungkup diatas perut adalah dilarang, dan itu adalah bentuk tidurnya syaitan”.

Hukum tidur selepas subuh:-

Sebahagian ulama melarang tidur selepas subuh dan asar malah ada sebahagian ulama yang meletakkan hukum makruh tidur selepas waktu subuh.Sepertimana yang diriwayatkan bahawa Rasulullah tidak tidur selepas solat subuh kerana Allah s.w.t memberkati umat yang berpagi-pagi iaitu waktu untuk mencari rezeki.Dalam satu hadith diriwayatkan bahawa Rasul telah berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yang berpagi-pagian.

Sabda Nabi:
باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح


Maksudnya:berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan.(riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)


**Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur diwaktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya:
"Bangun! Apakah kamu tidur diwaktu rezeki dibahagi-bahagikan?


**Di dalam riwayat lain pula
,sebagaimana yang diriwayatkan oleh ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sohihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah radiallah anha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

يا بنية قومي اشهدي رزق ربك، ولا تكوني من الغافلين، فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس '


Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.' (Diriwayatkan al-Baihaqi)

maka dengan sebab ini para fuqaha menetapkan hukum makruh tidur selepas subuh.


'Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi org yg beraqal.'(
dinukilkan oleh Imam as-Safarini)

Hukum tidur selepas asar:-

Dalam kitab Miskatul Masabih ada disebutkan:
Tidur sedikit di waktu tengahari tidaklah dikeji. Rasulullah saw ada juga melakukannya. Ini dapat mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah bertahajud di malam hari.

Ibn Qaiyim menambah:
"Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar)."

Setengah ulama mengatakan:
"Sesiapa yang tidur selepas Asar sehingga terganggu kewarasannya maka janganlah ia mencaci selain daripada dirinya sendiri.


Mengatur waktu tidur:-

Sesungguhnya bagi kita selaku pelajar seharusnya mengatur waktu tidur supaya waktu tidur malam kita itu bukan diisi dengan tidur semata tetapi juga diisi dengan amalan-amalan sunat
.Rasulullah s.a.w juga biasanya mengatur waktu tidurnya:
"Sehampir-hampir Allah kepada hamba-Nya ialah di bahagian akhir malam. Dan sekiranya kamu berkuasa untuk menjadikan diri kamu salah seorang yang mengingati Allah di waktu ini maka lakukanlah."
(Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Hendaklah kamu bangun malam kerana itu adalah kebiasaan amalan orang-orang yang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya bangun malam itu mendekatkan diri kepada Allah, menutup segala dosa, menghilangkan penyakit kepada tubuh badan dan menjauhi kekejian."
(Hadith Riwayat Tarmizi)

Allah berfirman didalam surah adz-dzaariyaat ayat 15 hingga 18 yang bermaksud:Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman(syurga)dan di mata air-mata air.Sambil mengambil apa yang diberikan oleh Tuhan mereka kepada mereka.Sesungguhnya mereka sebelum itu adalah orang yang berbuat baik.Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam,dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.


(info tambahan)Penyakit berkaitan dengan tidur:-

(1)Penyakit tidur atau African trypanosomiasis adalah penyakit yang disebabkan oleh protozoa genus Trypanosoma dan ditularkan oleh lalat tsetse. Penyakit ini mewabak di berbagai negara Afrika, dan saat ini diperkirakan antara 50.000 sampai 70.000 menderita penyakit ini.

Gejala awal adalah demam, sakit kepala, dan sakit di sendi, pembengkakan kelenjar limfa, anemia, dan penyakit ginjal. Penderita kemudian mengalami perubahan siklus tidur di mana mereka merasa ngantuk di siang hari dan tidak dapat tidur di malam hari. Bila tidak dirawat, penyakit ini dapat menyebabkan kerusakan sistem syaraf, koma, dan kematian. Selain gigitan lalat tsetse, penyakit ini dapat ditularkan dari ibu ke anak atau lewat transfusi darah.

(2)Apnea
merupakan dari perkataan Yunani yang membawa maksud "tanpa nafas".Tanda awalnya ialah berdengkur dengan kuat ketika tidur.Sebab Apnea tidur adalah otot yang kendur ketika tidur termasuk otot yang yang bertanggung jawab untuk membuka salur pernafasan. . otot kerongkong kendur melampau menyebabkan masalah pernafasan dan menyebabkan tidur sebagai aktiviti berisiko.

Apnea tidur menyumbang kepada perasaan mengantuk yang amat sangat pada siang hari, dan mampu menyebabkan tekanan darah tinggi, sakit jantung, dan strok.Rawatan yang betul boleh menghalang dan memperbaik (reverse) kesan Apnea tidur yang berpotensi untuk mengancam nyawa.

Kesimpulannya kita sebagai pelajar haruslah mempunyai waktu yang tetap untuk tidur.Janganlah tidur berlebihan kerana ia mampu mengundang penyakit disamping melemahkan badan.Dan elakkan tidur pada waktu-waktu yang tidak sepatutnya kita tidur.wallahualam.

p/s:syukran pada "kaktus" yang memberi inspirasi.



Cinta??

"Cinta itu cahaya sanubari..kurniaan Tuhan fitrah insani dan dimana terciptanya cinta disitu rindu bermula.."tersenyum saya seorang diri bila mendengar nasyid ini."Hai masy,angau ke?",saya tersentak.Dalam terkejut sebab disergah oleh ahli bait merangkap musyrifah saya(Atie)saya masih boleh menjawab usikan dia."banyaklah kau angau..angau apa bendanya?".Bukan bertujuan untuk kalis tetapi memang betul apa yang saya sebutkan itu.Angau pada benda yang tidak wujud,itu perkara pelik.Saya tersenyum sebab kelakar dengan gelagat manusia yang ada diantara mereka ini sukar dijangka kelakuannya hanya disebabkan cinta.Ada cinta yang membawa kepada kebaikan dan ada pula cinta itu membawa kearah yang lebih buruk.Cinta?apa cinta itu?cinta itu satu perasaan halus yang dikurniakan oleh Allah kepada setiap insan,tidak ada manusia yang tidak mempunyai perasaan cinta,kalaupun ada manusia yang mengaku mereka ini tidak mempunyai perasaan cinta sahlah bahawa manusia itu telah berbohong.Cinta itu adalah fitrah semulajadi,cuma terpulang pada kita bagaimana hendak mencorakkan cinta itu dan kepada siapa hendak diberi cinta itu.

Cinta itu boleh dikategorikan kepada dua iaitu cinta kekal dan cinta tidak kekal.Cinta tidak kekal adalah cinta sesama insan.Kenapa ia dinamakan tidak kekal?sebabnya mungkin kerana hati manusia yang sering berubah-ubah ataupun mungkin juga kerana manusia ini tidak akan kekal selama-lamanya didunia,suatu hari nanti maut akan memisahkannya.Manusia diberi garis panduan bagaimana untuk menjalinkan perasaan cinta itu sesama insan.Keterbatasan pergaulan antara laki-laki dan perempuan berdasarkan al-quran dan al-sunnah sepatutnya dijadikan sebagai pedoman dan panduan dalam sesuatu hubungan cinta.Cinta boleh membuatkan manusia alpa atau lalai dengan hukum-hakam dan sebab itulah sepatutnya bagi manusia meletakkan perasaan cinta itu pada yang hak iaitu Allah.

Sememangnya wajib bagi manusia meletakkan perasaan cinta pada Allah itu lebih daripada perasaan cintanya kepada manusia.Sekiranya manusia meletakkan perasaan cinta mereka sesama makhluk melebihi cinta mereka kepada Allah nescaya mereka akan menjadi manusia yang goyah imannya.Kenapa begitu?kerana yang menciptakan manusia itu adalah Allah dan selayaknya hanya Dia yang kita lebih cintai malah disisiNya terdapat cinta hakiki.Cinta yang kekal dan tidak akan pernah terhapus atau berkurang walau sedikit pun.Allah mampu untuk memberikan apa yang kita inginkan sedangkan manusia,apakah mereka boleh menunaikan apa sahaja hajat atau permintaan kita?manusia tidak akan mungkin dapat memberi apa yang kita inginkan tanpa pertolongan dari Allah.Maka,siapa selayaknya yang harus kita cintai jika bukan Allah Taala.

Tertancap mata saya pada handphone diatas meja.Saya buka dan membaca mesej forward daripada seorang teman.'Kalau saya cintakan awak,awak akan tinggalkan saya.Tetapi kalau saya cintakan Allah,Dia tidak akan tinggalkan saya.'hmm..saya senyum dan meletakkan handphone itu kembali ke atas meja.Betul,sekiranya kita cintakan Allah,Allah pasti tidak akan meninggalkan kita malah Dia menjadi lebih dekat dengan kita.Manusia yang meletakkan perasaan cintanya itu kepada Allah lebih daripada manusia mereka akan mendapat ganjaran malah mereka tidak akan gusar atau takut untuk kehilangan cinta daripada manusia kerana mereka yakin sekiranya manusia yang mereka cintai itu meninggalkan mereka,mereka masih ada Allah tempat untuk bergantung.Akan tetapi,manusia yang meletakkan dalam diri mereka cinta yang tinggi terhadap sesama manusia,mereka kelak akan menjadi umat yang rugi kerana apabila cinta daripada manusia itu pergi mereka tidak mempunyai tempat bergantung.Oleh sebab yang demikianlah terdapat sekelompok individu yang apabila mereka gagal dalam percintaan mereka sanggup untuk melakukan apa sahaja termasuk membunuh diri sendiri.

Cinta itu indah bila kita dapat meyelaraskannya dengan iman dan ketakwaan.Cinta itu menjadi pahit sekiranya ia didampingi dengan perkara-perkara keji yang boleh merosakkan diri manusia itu sendiri.Bagi kita selaku manusia yang berakal,berfikirlah dengan waras dan teliti kepada siapa seharusnya kita letakkan cinta kita dan bagaimana untuk menjadikan cinta itu cinta yang diredhai oleh Allah dan dirahmati olehNya.Wallahualam.





Beza Sahabat,Teman dan Kawan

Apakah sebenarnya erti persahabatan itu?apakah persahabatan itu cukup dengan hanya mengenali dan menjadikan seseorang itu sebagai tempat untuk ketawa berkongsi masalah dan bergurau senda?Apa pula perbezaan antara teman,kawan dan sahabat?Bila bertanya soalan ini kepada sekelompok manusia,mesti ada antara mereka akan menjawab..bezanya ialah sebutan ataupun ejaan lantas ada diantara mereka yang akan ketawa terbahak-bahak dengan jawapan mereka sendiri.Mungkin bagi mereka itu jenaka yang amat mengelikan hati.

Bagi saya teman,kawan dan sahabat terdapat makna yang tersendiri.Istilah teman kawan dan sahabat ini berbeza penggunaannya.Mungkin yang membezakan antara tiga istilah itu adalah kekuatan dalam perhubungan.Bagi saya teman adalah orang yang boleh menjadi tempat untuk kita berkongsi suka duka dan masalah.Apakah kenyataan saya ini seolah-olah menyatakan bahawa sahabat tidak seperti itu?Sahabat pula bagi saya adalah seseorang yang boleh memahami diri kita disetiap situasi.Dia berperanan lebih istimewa berbanding teman.Kawan pula adalah seseorang yang sama peranannya seperti teman,cuma mungkin keterikatan kawan itu longgar sedikit berbanding teman.Mungkin contoh yang boleh dibawa ialah istilah "kawan makan kawan".Kita tidak menggunakan istilah teman makan teman.Jadi,ia menjadi bukti bahawa keakraban teman itu adalah jauh lebih kuat berbanding kawan.

Saya terfikir kenapa masyarakat melayu lebih banyak menggunakan istilah teman daripada sahabat.Contohnya teman belajar,teman bermain,teman ketawa?malah istilah teman juga digunakan untuk pasangan hidup iaitu teman hidup.Kita tidak menggunakan istilah sahabat hidup dalam perhubungan antara suami isteri.Sahabat lebih menjurus pada sesuatu hubungan yang sama jenis.Maksud saya persahabatan antara lelaki sesama lelaki dan persahabatan antara perempuan sesama perempuan.Sahabat adalah manusia yang paling rapat dengan kita sehingga dia mampu untuk berperanan sebagai teman dan kawan dalam perhubungan.Dia mampu membawa tiga watak dalam satu masa yang sama.

Teringat saya sewaktu saya disekolah rendah,guru-guru saya selalu bercerita tentang kisah sahabat nabi.Perkataan yang mereka sebut adalah sahabat,mereka tidak pernah menggunakan istilah kawan atau teman nabi.Mungkin waktu itu saya masih kecil dan tidak matang lagi tentang istilah-istilah ini maka saya menanamkan dalam benak fikiran saya bahawa tiada beza antara sahabat dan teman.Setelah belajar bahasa arab saya masukkan dalam minda saya bahawa sahabat-sahabat nabi digelar sahabat kerana itu adalah istilah dalam bahasa arab.Tetapi sekiranya benar begitu kenapa sewaktu kita bercerita tentang kisah hidup nabi bersama para sahabatnya kita tidak menggunakan istilah teman atau kawan?malah didalam bahasa arab juga terdapat kalimah "zamil" yang bermaksud teman(rujukan kamus asri).Mengapa tidak digunakan kalimah "zamil"itu untuk digantikan pada kalimah "sahabat"?

Maka,ketika itu saya merasakan bahawa terdapat perbezaan antara istilah-istilah ini dan boleh saya simpulkan bahawa setiap sahabat adalah teman tetapi setiap teman bukanlah sahabat.Perhubungan dengan sahabat adalah lebih kuat berbanding teman ataupun kawan.Adakah masih wujud lagi insan yang mampu bergelar sahabat diwaktu sekarang ini?Atau mungkinkah kalimah "sahabat" itu sepatutnya perlu dihapuskan memandangkan betapa sukarnya mencari seorang sahabat sepertimana layaknya insan-insan yang bergelar sahabat pada zaman Nabi Muhammad dahulu?.

Saya berpandangan bahawa alaqah antara teman,kawan dan sahabat hanyalah disebabkan perkenalan.Perkenalan antara dua individu membuatkan sesuatu hubungan itu dapat dinamakan dengan kalimah "teman","kawan" dan "sahabat" sehinggakan membuatkan kita terkeliru dan menyangka bahawa istilah-istilah tersebut tidak ada beza antara satu sama lain.Sedangkan keakraban kita dalam hubungan itu sebenarnya memberi kesan terhadap penggunaan tiga istilah itu.Wallahualam.

warkah buat teman baikku..Safiah.

salam

Tika ini aku tidak tahu apakah ayat yang terbaik ingin aku sampaikan.sudah lama kita tidak bertemu Piah,bila aku membilang hari-hari yang berlalu,rupanya sudah hampir 5 tahun engkau dan aku terpisah.Terpisah kerana kita mencari haluan hidup kita masing-masing,mengejar cita-cita yang disemat dalam hati sejak kecil lagi.Akhirnya aku pergi jauh ke bumi asing ini..hanya kerana sebuah cita-cita,hinggakan engkau dan aku terus jauh..Aku ingat lagi kau selalu memberi motivasi pada aku..setiap kata-katamu melambangkan engkau seorang yang matang berbanding usiamu.Aku gembira dapat kawan sebaik kau Piah,dan aku yakin semua kawan-kawan kita gembira memiliki engkau sebagai teman.

Aku teringat ketika aku sakit ketika disurau,engkau datang memberi bantuan.Engkau sanggup tinggalkan majlis ratib dan zikir yang engkau sukai itu semata-mata kerana aku.walaupun mungkin bagi engkau itu hanya pertolongan kecil tapi bagi aku itu sudah terlalu tinggi nilainya.Piah,aku rindu mendengar gelak tawamu..sikap engkau yang menjaga dan mengambil berat tentang diri kawan-kawan disekeliling membuatkan aku merasa engkau memang seorang kawan yang terbaik.Aku terkenangkan diri kau saat kita duduk bersebelahan didalam kelas,kau suka sangat ketawa sampaikan ayah aku yang tengah mengajar dan terkenal dengan sifat tegasnya itu turut ketawa melihat engkau dan aku yakin sehingga sekarang ayah aku masih ingat pada engkau..

Piah,hari demi hari berlalu...tika aku menaip kalam rinduku ini aku baru sahaja tahu yang engkau akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.Aduhhh..tidak terkata sayu hati aku kala ini..aku tidak tahu apakah aku harus gembira ataupun sedih??yang pasti airmata aku saat ini tidak dapat aku bendung lagi.Hati aku betul-betul sebak.Mungkinkah kerana aku diantara orang-orang terakhir yang tahu akan berita ini atau mungkinkah kerana diri aku yang hidup jauh di perantauan ini pasti tidak akan dapat menghadiri majlis engkau ataupun mungkinkah kerana aku takut kehilangan engkau??Piah,aku tak sangka secepat ini engkau akan bergelar isteri orang,disaat umur kita baru ingin mencecah 21 tahun.Aku gembira bila mendapat tahu yang bakal suamimu ini seorang yang baik dan beriman,sesuai dengan engkau Piah.Tetapi aku tahu bila engkau sudah bergelar isteri mesti segala pergerakan engkau terbatas tidak sama seperti zaman sebelumnya.Apakah sebab itu aku merasa sedih?aku rindu sangat kita macam dulu.tapi..setiap orang mempunyai kehidupan masing-masing.

Piah,makin banyak yang aku taip ini makin banyak pula aku rasa airmata aku mengalir kerana engkau.Aku rasa sebak sangat Piah,aku betul-betul rindu kat engkau.Piah,pesan aku nanti bila kau dah bergelar isteri kau jadilah seorang isteri yang taat..tapi aku yakin tanpa nasihat aku ni pun kau pasti akan menjadi seorang isteri yang baik taat dan beriman...Piah,semoga kau bahagia dunia dan akhirat.Aku minta maaf kerana tak dapat datang tapi doa aku sentiasa mengiringi engkau...aminnnn

Musim Peperiksaan Sudah Tiba!!!

Salam imtihan buat semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan terutamanya pelajar Al Azhar.Dalam fatrah imtihan kebiasaanya pelbagai masalah akan muncul,emosi pun kadang-kadang turut berubah,daripada seorang yang ceria boleh berubah watak menjadi sensitif dan pendiam.Kadang-kadang masalah remeh temeh pun boleh jadi punca hati tersentuh,bahkan kalau tidak dibendung segera ia bisa membawa kepada masalah yang lebih besar.Dalam keadaan ini,hubungan yang erat menjadi rapuh dan renggang.Semua kerja yang dilakukan tidak menjadi..tambah lagi bagi manusia yang sememangnya takut dengan namanya peperiksaan.Kesana kesini bersama kitab,hinggakan makan pun tidak lalu.kenapa ya hal macam ni berlaku?apakah kerana muqoror yang diberi tidak habis dipelajari dan tidak dihafal menyebabkan rasa takut itu muncul?atau sudah sememangnya perasaan takut itu muncul tika musim peperiksaan walaupun kitab yang dipegang sudah habis dibaca dan dihafal?
Gangguan emosi yang sebegitu kadang-kadang menyebabkan kita sendiri berasa goyah dan tidak yakin terhadap kemampuan diri.Hal ini boleh menyebabkan kita mudah putus asa sebelum berjuang.sedangkan kita tidak boleh mengalah sebelum berjuang...malah bukan itu sahaja,setelah imtihan selesai pun kita tidak boleh terus mengalah jika ada kertas periksa yang tidak dapat dijawab penuh kerana,kita masih ada satu lagi jalan iaitu jalan TAWAKAL.Jalan yang ditunjukkan oleh Allah s.w.t kepada hambanya supaya hambanya itu tidak terus mengalah dan berputus asa dalam menempuh ujian kehidupan ini.
Jadi kepada pelajar-pelajar yang akan,sedang dan sudah imtihan...jangan mudah berputus asa..masih ada waktu lagi untuk kita memperbaiki diri dan berdoa agar semua akan berakhir dengan keadaan baik.Dikala musim periksa ini,jagalah hati semua pihak dan doakan kawan-kawan agar berjaya dan dipermudahkan Allah kerana itu semua mungkin juga akan menjadi penyebab bagi kejayaan kita.
Sempena imtihan ini saya memohon kemaafan kepada semua sekiranya terdapat kesalahan yang pernah,sedang dan akan saya lakukan...samada dalam keadaan sedar ataupun tidak.Semoga kita sama-sama berjaya dalam kehidupan ini,di dunia dan juga diakhirat.aminnn
"SALAM IMTIHAN"

rahmat ujian

salam...
ketika saya ada masalah dulu saya selalu bertanya..kenapa Allah nak menguji saya?kadang-kadang saya rasa sedih..sebab selalu ditimpa masalah..tapi saya tahu semua itu ada hikmahnya.cuma bila tiba tahap iman yang nipis..terkeluar juga keluhan terhadap nasib diri..semua itu Allah nak uji.satu hari nak dijadikan cerita,saya dalam keadaan buntu sebab ada satu masalah yang datang..waktu itu musim periksa..sampai baca kitab semua x masuk..saya buat solat hajat,habis solat saya terus menangis...saya tanya dengan Allah kenapa saya yang diuji?saya x tahu kenapa entah masalah saya ini saya rasakan terlalu berat(mungkin sebab masalah ni berlaku ketika musim periksa)saya tanya Allah"apakah kau dengar masalah yang melanda hambamu ini?kenapa aku yang diuji?kenapa tidak orang lain?"tiba-tiba habis sahaja saya berdoa macam itu..kebetulan kawan sebilik saya buka nasyid yang ada dalam laptopnya.saya yang masih kat sejadah terdengar.saya amati lirik nasyid itu(rahmat ujian-mestica).seolah-olah lagu itu Allah jadikan wasilah sebagai jawapan bagi pertanyaan saya.saya rasa makin sebak.saya tahu Allah mendengar semuanya.sejak itu saya rasa seolah-olah masalah itu hanya sebagai ujian.ikhlaskan diri dalam menghadapinya adalah jalan yang terbaik..usah dipertikaikan apa sahaja ujian yang melanda...kerana percayalah disitu terdapat hikmah yang tidak kita ketahui.

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang mempunyai berbagai taksiran
Segala takdir terimalah dengan hati terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
sedangkan ramai terbiar dilalaikan
hanya yang terpilih sahaja
antara berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan rintihanmu berpanjangan
Bersyukur dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
maka bersyukurlah selalu

rahmat ujian-mestica