
Cinta itu boleh dikategorikan kepada dua iaitu cinta kekal dan cinta tidak kekal.Cinta tidak kekal adalah cinta sesama insan.Kenapa ia dinamakan tidak kekal?sebabnya mungkin kerana hati manusia yang sering berubah-ubah ataupun mungkin juga kerana manusia ini tidak akan kekal selama-lamanya didunia,suatu hari nanti maut akan memisahkannya.Manusia diberi garis panduan bagaimana untuk menjalinkan perasaan cinta itu sesama insan.Keterbatasan pergaulan antara laki-laki dan perempuan berdasarkan al-quran dan al-sunnah sepatutnya dijadikan sebagai pedoman dan panduan dalam sesuatu hubungan cinta.Cinta boleh membuatkan manusia alpa atau lalai dengan hukum-hakam dan sebab itulah sepatutnya bagi manusia meletakkan perasaan cinta itu pada yang hak iaitu Allah.
Sememangnya wajib bagi manusia meletakkan perasaan cinta pada Allah itu lebih daripada perasaan cintanya kepada manusia.Sekiranya manusia meletakkan perasaan cinta mereka sesama makhluk melebihi cinta mereka kepada Allah nescaya mereka akan menjadi manusia yang goyah imannya.Kenapa begitu?kerana yang menciptakan manusia itu adalah Allah dan selayaknya hanya Dia yang kita lebih cintai malah disisiNya terdapat cinta hakiki.Cinta yang kekal dan tidak akan pernah terhapus atau berkurang walau sedikit pun.Allah mampu untuk memberikan apa yang kita inginkan sedangkan manusia,apakah mereka boleh menunaikan apa sahaja hajat atau permintaan kita?manusia tidak akan mungkin dapat memberi apa yang kita inginkan tanpa pertolongan dari Allah.Maka,siapa selayaknya yang harus kita cintai jika bukan Allah Taala.
Tertancap mata saya pada handphone diatas meja.Saya buka dan membaca mesej forward daripada seorang teman.'Kalau saya cintakan awak,awak akan tinggalkan saya.Tetapi kalau saya cintakan Allah,Dia tidak akan tinggalkan saya.'hmm..saya senyum dan meletakkan handphone itu kembali ke atas meja.Betul,sekiranya kita cintakan Allah,Allah pasti tidak akan meninggalkan kita malah Dia menjadi lebih dekat dengan kita.Manusia yang meletakkan perasaan cintanya itu kepada Allah lebih daripada manusia mereka akan mendapat ganjaran malah mereka tidak akan gusar atau takut untuk kehilangan cinta daripada manusia kerana mereka yakin sekiranya manusia yang mereka cintai itu meninggalkan mereka,mereka masih ada Allah tempat untuk bergantung.Akan tetapi,manusia yang meletakkan dalam diri mereka cinta yang tinggi terhadap sesama manusia,mereka kelak akan menjadi umat yang rugi kerana apabila cinta daripada manusia itu pergi mereka tidak mempunyai tempat bergantung.Oleh sebab yang demikianlah terdapat sekelompok individu yang apabila mereka gagal dalam percintaan mereka sanggup untuk melakukan apa sahaja termasuk membunuh diri sendiri.
Cinta itu indah bila kita dapat meyelaraskannya dengan iman dan ketakwaan.Cinta itu menjadi pahit sekiranya ia didampingi dengan perkara-perkara keji yang boleh merosakkan diri manusia itu sendiri.Bagi kita selaku manusia yang berakal,berfikirlah dengan waras dan teliti kepada siapa seharusnya kita letakkan cinta kita dan bagaimana untuk menjadikan cinta itu cinta yang diredhai oleh Allah dan dirahmati olehNya.Wallahualam.
1 comment:
wow! memang best post ni. suka!
Post a Comment