warkah buat teman baikku..Safiah.

salam

Tika ini aku tidak tahu apakah ayat yang terbaik ingin aku sampaikan.sudah lama kita tidak bertemu Piah,bila aku membilang hari-hari yang berlalu,rupanya sudah hampir 5 tahun engkau dan aku terpisah.Terpisah kerana kita mencari haluan hidup kita masing-masing,mengejar cita-cita yang disemat dalam hati sejak kecil lagi.Akhirnya aku pergi jauh ke bumi asing ini..hanya kerana sebuah cita-cita,hinggakan engkau dan aku terus jauh..Aku ingat lagi kau selalu memberi motivasi pada aku..setiap kata-katamu melambangkan engkau seorang yang matang berbanding usiamu.Aku gembira dapat kawan sebaik kau Piah,dan aku yakin semua kawan-kawan kita gembira memiliki engkau sebagai teman.

Aku teringat ketika aku sakit ketika disurau,engkau datang memberi bantuan.Engkau sanggup tinggalkan majlis ratib dan zikir yang engkau sukai itu semata-mata kerana aku.walaupun mungkin bagi engkau itu hanya pertolongan kecil tapi bagi aku itu sudah terlalu tinggi nilainya.Piah,aku rindu mendengar gelak tawamu..sikap engkau yang menjaga dan mengambil berat tentang diri kawan-kawan disekeliling membuatkan aku merasa engkau memang seorang kawan yang terbaik.Aku terkenangkan diri kau saat kita duduk bersebelahan didalam kelas,kau suka sangat ketawa sampaikan ayah aku yang tengah mengajar dan terkenal dengan sifat tegasnya itu turut ketawa melihat engkau dan aku yakin sehingga sekarang ayah aku masih ingat pada engkau..

Piah,hari demi hari berlalu...tika aku menaip kalam rinduku ini aku baru sahaja tahu yang engkau akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.Aduhhh..tidak terkata sayu hati aku kala ini..aku tidak tahu apakah aku harus gembira ataupun sedih??yang pasti airmata aku saat ini tidak dapat aku bendung lagi.Hati aku betul-betul sebak.Mungkinkah kerana aku diantara orang-orang terakhir yang tahu akan berita ini atau mungkinkah kerana diri aku yang hidup jauh di perantauan ini pasti tidak akan dapat menghadiri majlis engkau ataupun mungkinkah kerana aku takut kehilangan engkau??Piah,aku tak sangka secepat ini engkau akan bergelar isteri orang,disaat umur kita baru ingin mencecah 21 tahun.Aku gembira bila mendapat tahu yang bakal suamimu ini seorang yang baik dan beriman,sesuai dengan engkau Piah.Tetapi aku tahu bila engkau sudah bergelar isteri mesti segala pergerakan engkau terbatas tidak sama seperti zaman sebelumnya.Apakah sebab itu aku merasa sedih?aku rindu sangat kita macam dulu.tapi..setiap orang mempunyai kehidupan masing-masing.

Piah,makin banyak yang aku taip ini makin banyak pula aku rasa airmata aku mengalir kerana engkau.Aku rasa sebak sangat Piah,aku betul-betul rindu kat engkau.Piah,pesan aku nanti bila kau dah bergelar isteri kau jadilah seorang isteri yang taat..tapi aku yakin tanpa nasihat aku ni pun kau pasti akan menjadi seorang isteri yang baik taat dan beriman...Piah,semoga kau bahagia dunia dan akhirat.Aku minta maaf kerana tak dapat datang tapi doa aku sentiasa mengiringi engkau...aminnnn

No comments: