SELAMAT HARI RAYA

Gerak waktu yang semakin pantas sekarang ini hampir membuatkan saya seperti tidak menyedari bahawa bulan Ramadhan sudah sampai ke penghujungnya.Tidak dinafikan terbit rasa sedih apabila memikirkan samada dapat atau tidak untuk saya menyambut bulan yang penuh barakah ini pada tahun akan datang?serta mampukah saya terus istiqamah dengan ibadah-ibadah sunat yang kebiasaannya dilakukan oleh setiap daripada manusia yang mengetauhi dan menyedari betapa besarnya ganjaran pahala yang dijanjikan pada bulan ini.Mampukah diri melaksanakan ibadah sunat itu bukan setakat di dalam bulan Ramadhan sahaja bahkan terus istiqamah dengan ibadah ini pada bulan-bulan lain yang mendatang?ahhh..apa yang penting niatkan dahulu di dalam hati.InsyaAllah segala niat baik kita itu akan di aminkan oleh para malaikat dan kemudian dimakbulkan olehNya,asalkan niat itu diiringi dengan kehendak serta usaha yang kuat daripada diri sendiri.

Raya kali ini seronok atau tidak?kebanyakan orang mengatakan raya itu menyeronokkan.Ya,memang raya itu hakikatnya disambut untuk kita bergembira.Cuma bagi pelajar yang tinggal di Villa Imtiyaz Balqis,raya pada tahun ini mungkin tidak semeriah mana..memandangkan ahli bait di rumah ini ada yang pulang meneruskan perjuangannya di Malaysia.Sedikit sebanyak kepulangannya itu telah memberi kesan di dalam hati penghuni Villa Imtiyaz Balqis yang lain.Harapan kami pada mulanya ingin sama-sama menyambut kemeriahan raya kali ini sebagai raya terakhir memandangkan kami akan meninggalkan Villa Imtiyaz Balqis ini tidak lama lagi.Tetapi,manusia itu hanya boleh merancang sahaja dan yang menentukan segala hakikat kehidupan ini hanyalah Allah s.w.t.Setiap manusia mempunyai hala tuju masing-masing..jadi,pertemuan dan perpisahan itu sudah menjadi adat dalam sebuah kehidupan ini.

Di ketika hampir tibanya hari yang mulia ini ,saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA buat semua muslimin dan muslimat.Mohon ampun dan maaf jika selama mengenali saya ada terdapat kesalahan yang saya lakukan samada secara sengaja ataupun tidak.Semoga di dalam kita bergembira menyambut Aidilfitri ini kita tidak terlupa kepada saudara-saudara kita yang kehidupannya tidak sesempurna kita.Lebih-lebih lagi kepada saudara kita yang berada dalam keadaan tidak aman seperti di Palestin.Semoga kita dapat bersama-sama mendoakan keselamatan dan kesejahteraan mereka.Aminn

No comments: