Setiap daripada kita sudah terlalu arif bahawa kita adalah antara hiasan dunia,kita juga adalah fitnah bagi setiap laki-laki.Tanpa kita sedar kita adalah fitnah terbesar dalam dunia ini.Dalam banyak fitnah yang berada di alam ini Allah mendahulukan fitnah nisa'.Kenapa wanita didahulukan?kenapa tidak yang lain? Terlalu banyak masalah dan huru hara yang melanda sekarang ini disebabkan wanita.
Iqtibas dari sebuah lagu yang berbunyi"wanita hiasan dunia..seindah hiasan adalah wanita solehah".Terasa bangga bila lagu ini dinyanyikan tetapi terfikirkah oleh kita bahawa wanita solehah sahaja yang dikatakan indah.Hanya wanita soleheh sahaja yang diangkat darjatnya oleh Allah.Sebagai wanita apakah kita hanya ingin menjadi hiasan sahaja tanpa ingin menjadi yang indah?Bagaimana ingin menjadi solehah?itu bukan perkara yang sukar,ikuti sahaja segala perintahNya jauhi laranganNya insyaAllah syurga akan menjadi milik kita.Betapa mudah wanita untuk masuk ke syurga tetapi kenapa nanti lebih ramai juga wanita yang dijanjikan masuk ke neraka?sedangkan tiket untuk wanita masuk ke syurga terlalu mudah didapati.
Wanita dikurniakan satu akal dan sembilan nafsunya jauh berbeza dengan kaum adam yang hanya dikurniakan satu nafsu sahaja.Apakah benda itu yang akan kita jadikan alasan kenapa kita sukar untuk menjadi wanita solehah?wanita lain juga dikurniakan benda yang sama tetapi kenapa ada antara mereka yang mampu menjadi solehah?Contohnya dizaman nabi dahulu ramai wanita yang diangkat darjatnya disisi Allah kerana ketaatan yang mereka berikan untuk agama.Ramai juga antara mereka yang telah dijamin untuk memasuki syurga Allah.Jadi tertolak disini hujah seperti itu untuk kita jadikan alasan tidak boleh menjadi solehah.Allah itu maha penyayang dijadikan manusia dengan nafsu tetapi disebalik itu dianugerahkan kita akal untuk berfikir mana yang baik dan buruk untuk diri sendiri.
Pernah seorang ahli panel dari Sister In Islam mengemukakan hujah"Wanita Islam Malaysia memadai memakai baju kurung dan tudung macam saya...tidak perlu memakai jilbab seperti orang Arab.Cuaca negara kita panas,"Saya yakin sesiapa sahaja yang tahu tentang batas-batas aurat pasti akan melenting mendengar hujah ahli panel ini.Apakah dia rasa dengan memakai tudung selempang dan menyerlahkan jambulnya itu sudah menepati cara-cara penutupan aurat yang sebenar?Kalau sudah tidak tahu hukum jangan memandai mengeluarkan hujah.Belajar supaya faqih dalam bab hukum barulah boleh mengemukakannya kepada orang ramai.Ini tidak,sudahlah sesat menyesatkan orang lain pula.Hukum Allah dibuat main sehingga menambahkan aib bagi diri sendiri..Kita inginkan ciri-ciri wanita solehah itu bukan dari dalaman sahaja tetapi dari segi luaran juga ia patut diambil berat.Mungkin ada sesetangah pihak yang beraggapan bahawa tanpa menutup aurat asalkan hati baik sudah memadai,tetapi terfikir atau tidak diminda kita bahawa Islam itu adalah agama yang menuntut kesempurnaan dari segala segi?
Kita perlu ingat dalam hidup ini kita tidak boleh ambil mudah semua perkara.Belajarlah untuk susah sedikit sekiranya itu boleh membuat kita menjadi penghuni syurga kelak.Jangan terlalu mengambil mudah tentang hukum,hokum Allah bukan perkara mainan.Allah s.w.t berfirman dalam surah an nisa ayat 14 yang bermaksud"Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan melanggar ketentuan-ketentuanNya nescaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya,dan baginya siksa yang menghinakan"ayat itu jelas menunjukkan azab bagi mereka yang mengingkari hukum Allah.Bukankah manis jika diri bertudung litup dan ditambah dengan sikap sopan santun yang memang diharap ada pada setiap diri seorang wanita?.
Seorang wanita solehah akan menjaga maruahnya dari tercemar maka,sebagai seorang wanita yang inginkan gelaran solehah itu ada pada diri,jagalah maruah diri sebaik-baiknya.Jangan biarkan fitnah terjadi kepada diri kita.Bagaimana ingin menjauhi fitnah?caranya ialah menjauhi diri daripada perkara-perkara yang boleh menjadi punca kepada terbukanya pintu fitnah.Seandainya maruah diri sudah tiada lagi maka tiada siapa akan mempercayai diri kita.Oleh itu jagalah maruah diri kita sebagai seorang wanita yang mempunyai akhlak dan budi pekerti.Belajarlah untuk menjadi wanita yang solehah,wanita yang dijanjikan syurga oleh Allah kelak.Wallahualam.
No comments:
Post a Comment