Cinta??

"Cinta itu cahaya sanubari..kurniaan Tuhan fitrah insani dan dimana terciptanya cinta disitu rindu bermula.."tersenyum saya seorang diri bila mendengar nasyid ini."Hai masy,angau ke?",saya tersentak.Dalam terkejut sebab disergah oleh ahli bait merangkap musyrifah saya(Atie)saya masih boleh menjawab usikan dia."banyaklah kau angau..angau apa bendanya?".Bukan bertujuan untuk kalis tetapi memang betul apa yang saya sebutkan itu.Angau pada benda yang tidak wujud,itu perkara pelik.Saya tersenyum sebab kelakar dengan gelagat manusia yang ada diantara mereka ini sukar dijangka kelakuannya hanya disebabkan cinta.Ada cinta yang membawa kepada kebaikan dan ada pula cinta itu membawa kearah yang lebih buruk.Cinta?apa cinta itu?cinta itu satu perasaan halus yang dikurniakan oleh Allah kepada setiap insan,tidak ada manusia yang tidak mempunyai perasaan cinta,kalaupun ada manusia yang mengaku mereka ini tidak mempunyai perasaan cinta sahlah bahawa manusia itu telah berbohong.Cinta itu adalah fitrah semulajadi,cuma terpulang pada kita bagaimana hendak mencorakkan cinta itu dan kepada siapa hendak diberi cinta itu.

Cinta itu boleh dikategorikan kepada dua iaitu cinta kekal dan cinta tidak kekal.Cinta tidak kekal adalah cinta sesama insan.Kenapa ia dinamakan tidak kekal?sebabnya mungkin kerana hati manusia yang sering berubah-ubah ataupun mungkin juga kerana manusia ini tidak akan kekal selama-lamanya didunia,suatu hari nanti maut akan memisahkannya.Manusia diberi garis panduan bagaimana untuk menjalinkan perasaan cinta itu sesama insan.Keterbatasan pergaulan antara laki-laki dan perempuan berdasarkan al-quran dan al-sunnah sepatutnya dijadikan sebagai pedoman dan panduan dalam sesuatu hubungan cinta.Cinta boleh membuatkan manusia alpa atau lalai dengan hukum-hakam dan sebab itulah sepatutnya bagi manusia meletakkan perasaan cinta itu pada yang hak iaitu Allah.

Sememangnya wajib bagi manusia meletakkan perasaan cinta pada Allah itu lebih daripada perasaan cintanya kepada manusia.Sekiranya manusia meletakkan perasaan cinta mereka sesama makhluk melebihi cinta mereka kepada Allah nescaya mereka akan menjadi manusia yang goyah imannya.Kenapa begitu?kerana yang menciptakan manusia itu adalah Allah dan selayaknya hanya Dia yang kita lebih cintai malah disisiNya terdapat cinta hakiki.Cinta yang kekal dan tidak akan pernah terhapus atau berkurang walau sedikit pun.Allah mampu untuk memberikan apa yang kita inginkan sedangkan manusia,apakah mereka boleh menunaikan apa sahaja hajat atau permintaan kita?manusia tidak akan mungkin dapat memberi apa yang kita inginkan tanpa pertolongan dari Allah.Maka,siapa selayaknya yang harus kita cintai jika bukan Allah Taala.

Tertancap mata saya pada handphone diatas meja.Saya buka dan membaca mesej forward daripada seorang teman.'Kalau saya cintakan awak,awak akan tinggalkan saya.Tetapi kalau saya cintakan Allah,Dia tidak akan tinggalkan saya.'hmm..saya senyum dan meletakkan handphone itu kembali ke atas meja.Betul,sekiranya kita cintakan Allah,Allah pasti tidak akan meninggalkan kita malah Dia menjadi lebih dekat dengan kita.Manusia yang meletakkan perasaan cintanya itu kepada Allah lebih daripada manusia mereka akan mendapat ganjaran malah mereka tidak akan gusar atau takut untuk kehilangan cinta daripada manusia kerana mereka yakin sekiranya manusia yang mereka cintai itu meninggalkan mereka,mereka masih ada Allah tempat untuk bergantung.Akan tetapi,manusia yang meletakkan dalam diri mereka cinta yang tinggi terhadap sesama manusia,mereka kelak akan menjadi umat yang rugi kerana apabila cinta daripada manusia itu pergi mereka tidak mempunyai tempat bergantung.Oleh sebab yang demikianlah terdapat sekelompok individu yang apabila mereka gagal dalam percintaan mereka sanggup untuk melakukan apa sahaja termasuk membunuh diri sendiri.

Cinta itu indah bila kita dapat meyelaraskannya dengan iman dan ketakwaan.Cinta itu menjadi pahit sekiranya ia didampingi dengan perkara-perkara keji yang boleh merosakkan diri manusia itu sendiri.Bagi kita selaku manusia yang berakal,berfikirlah dengan waras dan teliti kepada siapa seharusnya kita letakkan cinta kita dan bagaimana untuk menjadikan cinta itu cinta yang diredhai oleh Allah dan dirahmati olehNya.Wallahualam.





Beza Sahabat,Teman dan Kawan

Apakah sebenarnya erti persahabatan itu?apakah persahabatan itu cukup dengan hanya mengenali dan menjadikan seseorang itu sebagai tempat untuk ketawa berkongsi masalah dan bergurau senda?Apa pula perbezaan antara teman,kawan dan sahabat?Bila bertanya soalan ini kepada sekelompok manusia,mesti ada antara mereka akan menjawab..bezanya ialah sebutan ataupun ejaan lantas ada diantara mereka yang akan ketawa terbahak-bahak dengan jawapan mereka sendiri.Mungkin bagi mereka itu jenaka yang amat mengelikan hati.

Bagi saya teman,kawan dan sahabat terdapat makna yang tersendiri.Istilah teman kawan dan sahabat ini berbeza penggunaannya.Mungkin yang membezakan antara tiga istilah itu adalah kekuatan dalam perhubungan.Bagi saya teman adalah orang yang boleh menjadi tempat untuk kita berkongsi suka duka dan masalah.Apakah kenyataan saya ini seolah-olah menyatakan bahawa sahabat tidak seperti itu?Sahabat pula bagi saya adalah seseorang yang boleh memahami diri kita disetiap situasi.Dia berperanan lebih istimewa berbanding teman.Kawan pula adalah seseorang yang sama peranannya seperti teman,cuma mungkin keterikatan kawan itu longgar sedikit berbanding teman.Mungkin contoh yang boleh dibawa ialah istilah "kawan makan kawan".Kita tidak menggunakan istilah teman makan teman.Jadi,ia menjadi bukti bahawa keakraban teman itu adalah jauh lebih kuat berbanding kawan.

Saya terfikir kenapa masyarakat melayu lebih banyak menggunakan istilah teman daripada sahabat.Contohnya teman belajar,teman bermain,teman ketawa?malah istilah teman juga digunakan untuk pasangan hidup iaitu teman hidup.Kita tidak menggunakan istilah sahabat hidup dalam perhubungan antara suami isteri.Sahabat lebih menjurus pada sesuatu hubungan yang sama jenis.Maksud saya persahabatan antara lelaki sesama lelaki dan persahabatan antara perempuan sesama perempuan.Sahabat adalah manusia yang paling rapat dengan kita sehingga dia mampu untuk berperanan sebagai teman dan kawan dalam perhubungan.Dia mampu membawa tiga watak dalam satu masa yang sama.

Teringat saya sewaktu saya disekolah rendah,guru-guru saya selalu bercerita tentang kisah sahabat nabi.Perkataan yang mereka sebut adalah sahabat,mereka tidak pernah menggunakan istilah kawan atau teman nabi.Mungkin waktu itu saya masih kecil dan tidak matang lagi tentang istilah-istilah ini maka saya menanamkan dalam benak fikiran saya bahawa tiada beza antara sahabat dan teman.Setelah belajar bahasa arab saya masukkan dalam minda saya bahawa sahabat-sahabat nabi digelar sahabat kerana itu adalah istilah dalam bahasa arab.Tetapi sekiranya benar begitu kenapa sewaktu kita bercerita tentang kisah hidup nabi bersama para sahabatnya kita tidak menggunakan istilah teman atau kawan?malah didalam bahasa arab juga terdapat kalimah "zamil" yang bermaksud teman(rujukan kamus asri).Mengapa tidak digunakan kalimah "zamil"itu untuk digantikan pada kalimah "sahabat"?

Maka,ketika itu saya merasakan bahawa terdapat perbezaan antara istilah-istilah ini dan boleh saya simpulkan bahawa setiap sahabat adalah teman tetapi setiap teman bukanlah sahabat.Perhubungan dengan sahabat adalah lebih kuat berbanding teman ataupun kawan.Adakah masih wujud lagi insan yang mampu bergelar sahabat diwaktu sekarang ini?Atau mungkinkah kalimah "sahabat" itu sepatutnya perlu dihapuskan memandangkan betapa sukarnya mencari seorang sahabat sepertimana layaknya insan-insan yang bergelar sahabat pada zaman Nabi Muhammad dahulu?.

Saya berpandangan bahawa alaqah antara teman,kawan dan sahabat hanyalah disebabkan perkenalan.Perkenalan antara dua individu membuatkan sesuatu hubungan itu dapat dinamakan dengan kalimah "teman","kawan" dan "sahabat" sehinggakan membuatkan kita terkeliru dan menyangka bahawa istilah-istilah tersebut tidak ada beza antara satu sama lain.Sedangkan keakraban kita dalam hubungan itu sebenarnya memberi kesan terhadap penggunaan tiga istilah itu.Wallahualam.

warkah buat teman baikku..Safiah.

salam

Tika ini aku tidak tahu apakah ayat yang terbaik ingin aku sampaikan.sudah lama kita tidak bertemu Piah,bila aku membilang hari-hari yang berlalu,rupanya sudah hampir 5 tahun engkau dan aku terpisah.Terpisah kerana kita mencari haluan hidup kita masing-masing,mengejar cita-cita yang disemat dalam hati sejak kecil lagi.Akhirnya aku pergi jauh ke bumi asing ini..hanya kerana sebuah cita-cita,hinggakan engkau dan aku terus jauh..Aku ingat lagi kau selalu memberi motivasi pada aku..setiap kata-katamu melambangkan engkau seorang yang matang berbanding usiamu.Aku gembira dapat kawan sebaik kau Piah,dan aku yakin semua kawan-kawan kita gembira memiliki engkau sebagai teman.

Aku teringat ketika aku sakit ketika disurau,engkau datang memberi bantuan.Engkau sanggup tinggalkan majlis ratib dan zikir yang engkau sukai itu semata-mata kerana aku.walaupun mungkin bagi engkau itu hanya pertolongan kecil tapi bagi aku itu sudah terlalu tinggi nilainya.Piah,aku rindu mendengar gelak tawamu..sikap engkau yang menjaga dan mengambil berat tentang diri kawan-kawan disekeliling membuatkan aku merasa engkau memang seorang kawan yang terbaik.Aku terkenangkan diri kau saat kita duduk bersebelahan didalam kelas,kau suka sangat ketawa sampaikan ayah aku yang tengah mengajar dan terkenal dengan sifat tegasnya itu turut ketawa melihat engkau dan aku yakin sehingga sekarang ayah aku masih ingat pada engkau..

Piah,hari demi hari berlalu...tika aku menaip kalam rinduku ini aku baru sahaja tahu yang engkau akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.Aduhhh..tidak terkata sayu hati aku kala ini..aku tidak tahu apakah aku harus gembira ataupun sedih??yang pasti airmata aku saat ini tidak dapat aku bendung lagi.Hati aku betul-betul sebak.Mungkinkah kerana aku diantara orang-orang terakhir yang tahu akan berita ini atau mungkinkah kerana diri aku yang hidup jauh di perantauan ini pasti tidak akan dapat menghadiri majlis engkau ataupun mungkinkah kerana aku takut kehilangan engkau??Piah,aku tak sangka secepat ini engkau akan bergelar isteri orang,disaat umur kita baru ingin mencecah 21 tahun.Aku gembira bila mendapat tahu yang bakal suamimu ini seorang yang baik dan beriman,sesuai dengan engkau Piah.Tetapi aku tahu bila engkau sudah bergelar isteri mesti segala pergerakan engkau terbatas tidak sama seperti zaman sebelumnya.Apakah sebab itu aku merasa sedih?aku rindu sangat kita macam dulu.tapi..setiap orang mempunyai kehidupan masing-masing.

Piah,makin banyak yang aku taip ini makin banyak pula aku rasa airmata aku mengalir kerana engkau.Aku rasa sebak sangat Piah,aku betul-betul rindu kat engkau.Piah,pesan aku nanti bila kau dah bergelar isteri kau jadilah seorang isteri yang taat..tapi aku yakin tanpa nasihat aku ni pun kau pasti akan menjadi seorang isteri yang baik taat dan beriman...Piah,semoga kau bahagia dunia dan akhirat.Aku minta maaf kerana tak dapat datang tapi doa aku sentiasa mengiringi engkau...aminnnn

Musim Peperiksaan Sudah Tiba!!!

Salam imtihan buat semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan terutamanya pelajar Al Azhar.Dalam fatrah imtihan kebiasaanya pelbagai masalah akan muncul,emosi pun kadang-kadang turut berubah,daripada seorang yang ceria boleh berubah watak menjadi sensitif dan pendiam.Kadang-kadang masalah remeh temeh pun boleh jadi punca hati tersentuh,bahkan kalau tidak dibendung segera ia bisa membawa kepada masalah yang lebih besar.Dalam keadaan ini,hubungan yang erat menjadi rapuh dan renggang.Semua kerja yang dilakukan tidak menjadi..tambah lagi bagi manusia yang sememangnya takut dengan namanya peperiksaan.Kesana kesini bersama kitab,hinggakan makan pun tidak lalu.kenapa ya hal macam ni berlaku?apakah kerana muqoror yang diberi tidak habis dipelajari dan tidak dihafal menyebabkan rasa takut itu muncul?atau sudah sememangnya perasaan takut itu muncul tika musim peperiksaan walaupun kitab yang dipegang sudah habis dibaca dan dihafal?
Gangguan emosi yang sebegitu kadang-kadang menyebabkan kita sendiri berasa goyah dan tidak yakin terhadap kemampuan diri.Hal ini boleh menyebabkan kita mudah putus asa sebelum berjuang.sedangkan kita tidak boleh mengalah sebelum berjuang...malah bukan itu sahaja,setelah imtihan selesai pun kita tidak boleh terus mengalah jika ada kertas periksa yang tidak dapat dijawab penuh kerana,kita masih ada satu lagi jalan iaitu jalan TAWAKAL.Jalan yang ditunjukkan oleh Allah s.w.t kepada hambanya supaya hambanya itu tidak terus mengalah dan berputus asa dalam menempuh ujian kehidupan ini.
Jadi kepada pelajar-pelajar yang akan,sedang dan sudah imtihan...jangan mudah berputus asa..masih ada waktu lagi untuk kita memperbaiki diri dan berdoa agar semua akan berakhir dengan keadaan baik.Dikala musim periksa ini,jagalah hati semua pihak dan doakan kawan-kawan agar berjaya dan dipermudahkan Allah kerana itu semua mungkin juga akan menjadi penyebab bagi kejayaan kita.
Sempena imtihan ini saya memohon kemaafan kepada semua sekiranya terdapat kesalahan yang pernah,sedang dan akan saya lakukan...samada dalam keadaan sedar ataupun tidak.Semoga kita sama-sama berjaya dalam kehidupan ini,di dunia dan juga diakhirat.aminnn
"SALAM IMTIHAN"