Palestin makin terancam






Bumi Palestin kini kian terancam dengan kewujudan makhluk-makhluk yang bergelar Israel laknatullah.Sampai detik ketika jari saya laju menaip dalam blog ini,jumlah saudara kita yang syahid sudah meningkat kepada 425 orang manakala yang cedera 2200 orang.Selepas Israel mengkhianati genjatan senjata yang pernah dibuat dahulu.Mereka semakin galak membunuh saudara kita dengan mengunakan pelbagai serangan.
Raungan kanak-kanak yang kehilangan ayah serta ibunya,tangisan dan ratapan seorang ibu dan ayah yang mengangkat jenazah anaknya bagaikan terngiang di telinga saya.masakan tidak,melihat suasana Palestin melalui youtube pun boleh membuatkan saya merasa seolah-olah saya berada didalam situasi mereka.
Ramai diantara kita yang tidak menyedari cara kita yang berbelanja tanpa memikirkan barang itu diboikot atau tidak kadang-kadang memberi kesan kepada jumlah kematian rakyat Palestin.Apabila melihat serangan yang dilancarkan ke Palestin,ada antara kita yang menangis sambil makan makanan boikot,kemudian diteguk pula minuman boikot.Mungkin mereka tidak menyedari bahawa apa yang mereka beli itu menyebabkan saudara seislam semakin ditindas ataupun sengaja buat-buat tidak sedar akan hal ini.
Apakah ayat ini terlalu kasar?bagi saya ia hanya sekadar peringatan.Saya berkata begitu kerana semakin teruk Palestin dihentam dan diserang semakin banyak pula sifat munafik pemerintah negara Islam yang kelihatan.Contohnya apabila Mesir membuka perbatasan Rafah dan ia menjadi penyebab serangan Israel ke Jalur Gaza.Mesir memberi keizinan kepada Israel untuk menggunakan jalurnya sebagai laluan untuk mengempur Jalur Gaza,sehinggakan Mesir dituduh menjadi pencetus kekejian Israel dan Mesir membantu dalam membunuh rakyat Palestin.Demonstrasi rakyat Mesir terhadap sikap pemerintah yang dianggap tidak membela nasib Palestin menjadi bukti bahawa Mesir juga terlibat dalam kekejaman yang dibuat oleh Israel.Selain itu sikap pemerintahan Mesir yang menghentikan bantuan kemanusiaan dari Qatar juga mengukuhkan lagi bukti kemunafikan pemerintah ini.
Sering kita bertanya dan ternanti-nanti bilakah Palestin akan merdeka??tetapi usaha serta pengorbanan untuk menolong saudara kita yang teraniya disana tidak kita salurkan.Maka,persoalan ini perlu kita jawab sendiri..mana pendirian kita sebagai manusia yang bergelar Islam sejati?Apakah dengan melihat sahaja akan terhapus segala kesengsaraan Palestin???ataupun kita hanya ingin menunggu sehingga tangisan manusia sudah tiada dibumi itu kerana semua syahid disebabkan sikap kita yang acuh tak acuh dengan nasib mereka??
p/s:Jangan beli barangan boikot itu cara paling mudah untuk membantu saudara-saudara kita..

No comments: