WANITA

Setiap daripada kita sudah terlalu arif bahawa kita adalah antara hiasan dunia,kita juga adalah fitnah bagi setiap laki-laki.Tanpa kita sedar kita adalah fitnah terbesar dalam dunia ini.Dalam banyak fitnah yang berada di alam ini Allah mendahulukan fitnah nisa'.Kenapa wanita didahulukan?kenapa tidak yang lain? Terlalu banyak masalah dan huru hara yang melanda sekarang ini disebabkan wanita.
Iqtibas dari sebuah lagu yang berbunyi"wanita hiasan dunia..seindah hiasan adalah wanita solehah".Terasa bangga bila lagu ini dinyanyikan tetapi terfikirkah oleh kita bahawa wanita solehah sahaja yang dikatakan indah.Hanya wanita soleheh sahaja yang diangkat darjatnya oleh Allah.Sebagai wanita apakah kita hanya ingin menjadi hiasan sahaja tanpa ingin menjadi yang indah?Bagaimana ingin menjadi solehah?itu bukan perkara yang sukar,ikuti sahaja segala perintahNya jauhi laranganNya insyaAllah syurga akan menjadi milik kita.Betapa mudah wanita untuk masuk ke syurga tetapi kenapa nanti lebih ramai juga wanita yang dijanjikan masuk ke neraka?sedangkan tiket untuk wanita masuk ke syurga terlalu mudah didapati.
Wanita dikurniakan satu akal dan sembilan nafsunya jauh berbeza dengan kaum adam yang hanya dikurniakan satu nafsu sahaja.Apakah benda itu yang akan kita jadikan alasan kenapa kita sukar untuk menjadi wanita solehah?wanita lain juga dikurniakan benda yang sama tetapi kenapa ada antara mereka yang mampu menjadi solehah?Contohnya dizaman nabi dahulu ramai wanita yang diangkat darjatnya disisi Allah kerana ketaatan yang mereka berikan untuk agama.Ramai juga antara mereka yang telah dijamin untuk memasuki syurga Allah.Jadi tertolak disini hujah seperti itu untuk kita jadikan alasan tidak boleh menjadi solehah.Allah itu maha penyayang dijadikan manusia dengan nafsu tetapi disebalik itu dianugerahkan kita akal untuk berfikir mana yang baik dan buruk untuk diri sendiri.
Pernah seorang ahli panel dari Sister In Islam mengemukakan hujah"Wanita Islam Malaysia memadai memakai baju kurung dan tudung macam saya...tidak perlu memakai jilbab seperti orang Arab.Cuaca negara kita panas,"Saya yakin sesiapa sahaja yang tahu tentang batas-batas aurat pasti akan melenting mendengar hujah ahli panel ini.Apakah dia rasa dengan memakai tudung selempang dan menyerlahkan jambulnya itu sudah menepati cara-cara penutupan aurat yang sebenar?Kalau sudah tidak tahu hukum jangan memandai mengeluarkan hujah.Belajar supaya faqih dalam bab hukum barulah boleh mengemukakannya kepada orang ramai.Ini tidak,sudahlah sesat menyesatkan orang lain pula.Hukum Allah dibuat main sehingga menambahkan aib bagi diri sendiri..Kita inginkan ciri-ciri wanita solehah itu bukan dari dalaman sahaja tetapi dari segi luaran juga ia patut diambil berat.Mungkin ada sesetangah pihak yang beraggapan bahawa tanpa menutup aurat asalkan hati baik sudah memadai,tetapi terfikir atau tidak diminda kita bahawa Islam itu adalah agama yang menuntut kesempurnaan dari segala segi?
Kita perlu ingat dalam hidup ini kita tidak boleh ambil mudah semua perkara.Belajarlah untuk susah sedikit sekiranya itu boleh membuat kita menjadi penghuni syurga kelak.Jangan terlalu mengambil mudah tentang hukum,hokum Allah bukan perkara mainan.Allah s.w.t berfirman dalam surah an nisa ayat 14 yang bermaksud"Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan melanggar ketentuan-ketentuanNya nescaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya,dan baginya siksa yang menghinakan"ayat itu jelas menunjukkan azab bagi mereka yang mengingkari hukum Allah.Bukankah manis jika diri bertudung litup dan ditambah dengan sikap sopan santun yang memang diharap ada pada setiap diri seorang wanita?.
Seorang wanita solehah akan menjaga maruahnya dari tercemar maka,sebagai seorang wanita yang inginkan gelaran solehah itu ada pada diri,jagalah maruah diri sebaik-baiknya.Jangan biarkan fitnah terjadi kepada diri kita.Bagaimana ingin menjauhi fitnah?caranya ialah menjauhi diri daripada perkara-perkara yang boleh menjadi punca kepada terbukanya pintu fitnah.Seandainya maruah diri sudah tiada lagi maka tiada siapa akan mempercayai diri kita.Oleh itu jagalah maruah diri kita sebagai seorang wanita yang mempunyai akhlak dan budi pekerti.Belajarlah untuk menjadi wanita yang solehah,wanita yang dijanjikan syurga oleh Allah kelak.Wallahualam.

PEWARIS AGAMA

Terfikir diminda saya dalam kehidupan yang singkat ini apakah kita sudah benar-benar bersedia dengan amalan yang nanti akan menjadi kredit bagi kita di akhirat nanti?terkadang terdetik dihati saya,kenapa semakin dicari ilmu itu seolah-olah makin banyak yang saya tidak tahu?mungkinkah disebabkan amalan yang kurang serta sifat tidak istiqomah dalam mencari ilmu itu membuatkan keadaan ini berlaku.Pernah seorang guru saya menegur saya serta kawan-kawan kerana tidak mempunyai sifat ingin tahu yang kuat dalam diri.Perkara itu terbukti apabila kami gagal mengerjakan tugas yang telah diberi.Benar juga apa yang guru saya katakan.Sebagai seorang pelajar,sifat ingin tahu serta rajin wajib ada dalam diri lebih-lebih lagi bagi pelajar yang menuntut ilmu agama seperti kita ini.
Dalam menuntut ilmu agama ini terlalu banyak pantang larang yang harus kita ikuti.Bukan peraturan itu bertujuan untuk membebankan kita tetapi ia lebih menjurus ke arah mengajar diri kita supaya menjadi seorang yang berdisiplin dengan diri,waktu serta segala yang berkait dengan thariq menuntut ilmu.Cuba kita lihat betapa masyarakat kita sekarang sudah tidak lagi meletakkan agama dan hukum-hukum Allah dihadapan.Konsert hiburan lebih ramai dihadiri dari masjid-masjid,pembuangan janin dan bayi tidak lagi menjadi khabar yang memeranjatkan bagi kita.Kes pembunuhan bagaikan perkara biasa sehingga sekiranya tiada berita pembunuhan yang menghiasi dada akhbar kita merasakan ia adalah suatu perkara yang pelik.Ikhtilat tidak syarie antara lelaki dan wanita telah menjadi adat hingga mengakibatkan ramai anak zina dilahirkan ke dunia ini.
Pernah saya terbaca satu artikel daripada seorang gadis apabila ada yang menegur cara pemakaian yang tidak lagi mengikut ketetapan syarak.Pelbagai tomahan dilemparkan,katanya islam bukan agama paksaan kenapa harus dikecoh-kecohkan?islam agama yang mudah jadi kenapa perlu diberat-beratkan?perlu diingatkan bahawa islam bukan agama paksaan bagi sesiapa yang ingin memeluk islam tetapi sekiranya sudah menjadi orang islam yang haram tetap haram dan hukum tetap hukum,ia tidak boleh diremeh temehkan.Bukan niat hendak memberatkan tetapi sudah menjadi tanggungjawab kita saling tegur saudara seislam.Antara menutup aurat mengikut landasan syarak dan menanggung azab seksa Allah yang nyata pedihnya manakah lebih berat?Mungkin ada yang akan mengatakan kubur lain-lain jadi kenapa perlu sibuk?Bukan ingin menjaga tepi kain orang,tetapi kalau kita tidak menegur kita akan sama-sama akan menerima azab didalam kubur kerana tidak memberi peringatan kepada saudara seagama.Ada juga yang memprotes dan menyalahkan pereka fesyen kerana mereka fesyen pakaian yang tidak menutup aurat,jangan menuding jari kearah orang lain,kita sendiri pun mempunyai salah kerana membeli pakaian itu tanpa berfikir baik atau tidak bagi diri kita sendiri.Jangan hanya nampak kesalahan orang lain sedangkan kesalahan sendiri di depan mata tidak kita sedari.
Hukum Allah sekarang sudah tidak lagi diendahkan,dibiarkan sepi tanpa dijalankan.Inilah antara sikap masyarakat kita sekarang.Hukum disalah tafsirkan tanpa betul-betul dipelajari.Itulah yang terjadi sehinggakan ramai yang sesat.Mentafsir ayat Allah hanya mengikut logik akal tanpa difahami dan dikaji dengan lebih mendalam.Betapa masyarakat sekarang sudah jauh menyimpang dari landasan syarak.Masyarakat yang mengaku bertuhankan Allah nan satu,menjunjung sunnah Nabi Muhammad s.a.w dan menjadikan Al Quran sebagai pedoman hidup.Tetapi semua itu hanya pada kalam sahaja tidak betul-betul dibuktikan sedangkan takrif sebenar iman adalah mengaku melalui lisan membenarkan dalam hati dan dibuktikan dengan perbuatan.
Sekiranya bukan kita sebagai pelajar yang menuntut ilmu agama Allah ini menaikkan kembali kalimah Allah maka,siapa lagi yang akan menjaga maruah agama dari terus tercemar?kitalah pewaris yang diharap dapat membersihkan kembali masyarakat islam kini.Sebagai insan yang dipilih olehNya untuk mempelajari hukum-hukumNya maka,gunakanlah kesempatan yang diberi dengan sebaik-baiknya untuk mendalami ilmu agama ini.Jagalah amanah ilmu yang sudah ditaklifkan kepada kita.Sinarkan kembali kegemilangan islam yang kian jatuh.Lengkapkan diri kita dengan ilmu supaya nanti kita tidak akan kekok dalam menghadapi masyarakat yang kian runtuh akhlaknya.Wallahualam.

Remaja kini

Setiap daripada kita dikurniakan akal untuk berfikir apa yang terbaik untuk kehidupan kita.Tetapi,janganlah disebabkan ingin hajat dipenuhi kita lupa akan hukum yang telah termaktub di dalam kitabNya.
Remaja sekarang kian jauh dari adab dan batas-batas pergaulan.Banyak perbuatan yang dilakukan melanggar etika dan tatacara hidup sebagai seorang muslim.

Isu terbaru yang hangat diperkatakan oleh masyarakat khasnya pihak media tentang minah rempit yang semakin berani menayangkan aksi-aksi yang jelas menjatuhkan martabat sebagai wanita yang menganut agama Islam.Maruah digadaikan demi sebuah populariti yang tidak memberi apa-apa kebaikkan untuk diri sendiri apatah lagi untuk orang lain.Dimana perasaan malu telah diletakkan?perasaan yang melambangkan diri adalah orang yang beriman.Remaja kini kian ketandusan perhatian daripada orang-orang disekeliling mereka.
Kita mungkin akan menyalahkan mereka kerana sifat mereka yang berkelakuan tidak senonoh itu,tetapi kita sebagai masyarakat juga perlu mengambil langkah bagi mengatasi masalah tersebut.Jangan hanya melihat tanpa ada usaha yang dijalankan bagi menutup punca masalah ini dari terus berlanjutan.

Setiap pihak perlu mengambil berat terhadap masalah remaja yang semakin lama semakin tidak dapat dibaca oleh akal fikiran kita.Mereka adalah bakal-bakal pemimpin yang akan menerajui negara kelak.Mahukah kita bakal-bakal pemimpin ini rosak seperti mana rosaknya aqidah dan akhlak masyarakat kafir laknatullah??? Kita melihat pemerintahan masyarakat akan datang dengan cara melihat remaja masa kini.sekiranya hancur remaja kini maka hancurlah kepimpinan akan datang.Sekiranya perkara itu akan terjadi apakah kita sanggup hidup dalam situasi masyarakat dan pemerintahan yang sudah tidak bermoral dan penuh dengan kemaksiatan?.

Tugas mengatasi masalah ini bukan sahaja terletak di bahu masyarakat sekeliling.Ibubapa serta remaja sendiri sepatutnya bersama- sama membantu.Kita tidak boleh mengharapkan orang lain mengubah kita tanpa kita sendiri berusaha mengubahnya.Langkah berhati-hati dari masalah terus tersebar perlu diambil perhatian dan dijalankan oleh kerajaan.Masalah ini perlu dibendung segera agar ia tidak terus menjadi kudis didalam hati para remaja.


SALAM UKHWAH...

Keputusan peperiksaan dah keluar.Tahniah kpd yang berjaya..kpd yang tak berjaya jangan sedih...ada hikmah disebalik ini semua.Allah itu maha mengetauhi segalanya....Allah jadikan sesuatu pasti ada hikmahnya..anggaplah ini ujian daripadaNya.Bagi saya, selagi kita belum fakih lagi ilmu yang kita pelajari...kita belum dikira berjaya.Tidak guna kita berjaya seandainya di dalam minda kita kosong..tak ada apa-apa ilmu yang kita boleh manfaatkan.Guru saya ada berpesan kalau kita naik tahun tetapi kita tak mampu nak ajar adik-adik di bawah kita lebih baik tak naik tahun..sebab itu tidak semestinya orang yang tak berjaya itu dia tak pandai. Kadang-kadang kita boleh lihat orang yang mengulang.. ilmunya lebih tinggi daripada orang yang ala tul..Allah bagi mereka kelebihan di sebalik ujian yang ditanggung.



Setiap dari kita mesti redha apa sahaja yang Allah dah takdirkan.Allah takkan menguji seseorang itu dengan ujian yang tak mampu seseorang itu tanggung.Nabi s.a.w bersabda"siapa yang dikehendaki Allah padanya kebaikan maka difakihkannya dalam agama"jadi kita sebagai penuntut agama Allah perlu bersangka baik dengan Allah s.w.t.Semoga setiap langkah perjalanan kita sentiasa mendapat kerahmatan dariNya.Tajdidkan niat datang kesini.berusaha dengan lebih kuat lagi untuk mendapat natijah yang lebih baik.Natijah yang telah berlalu usah dikesalkan,jadikan itu sebagai pengajaran untuk kita lebih tabah dan semangat dalam menempuhi ujian-ujianNya ini.

TANDA-TANDA EGO

Sedikit sangat orang yang memiliki sifat ego yang dia menyedari bahawa dirinya memiliki
sifat keji tersebut.Natijah tidak menyedari adanya ego itulah maka tercetus berbagai perselisihan dan sengketa di dalam masyarakat.
Ini berpunca kerana masing-masing diri dengan sifat ego tersebut bertembung dengan orang lain yang juga memiliki sifat yang sama. Dalam Keadaan mereka sama-sama pula tidak menyedari memiliki sifat ego. Untuk mengetahui samada memiliki sifat ego atau tidak maka perlulah disuluh dengan ilmunya. Ilmu yang menjelaskan tentang ciri-ciri ego tersebut. Namun begitu bukanlah mudah untuk membuang sifat ego itu biarpun sudah mengetahui ciri-cirinya. Kerana ego adalah sifat keji pada batin.
Ego adalah salah satu mazmumah yang bersarang di hati. Sebarang mazmumah bukan mudah hendak dikikis atau dipadamkan. Mazmumah tidak seperti penyakit lahiriah yang mudah diubat. Doktor malah doktor pakar memang bersedia merawat penyakit lahiriah. Penyakit batin atau mazmumah hanya boleh dirawat oleh mursyid yang benar-benar arif. Mursyid inilah yang sangat sukar ditemui. Betapalah pula manusia kini sudah tidak peduli dan tidak berminat untuk mengubati penyakit batin.
Sifat ego adalah penyakit batin. Ianya adalah abstrak atau maknawiyah, yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Namun tetap dapat dikesan melalui tanda-tanda lahiriah pada sikap seseorang itu. Atau dengan kata lain, sifat ego itu ada manifestasi atau implikasinya. Berdasarkan sikap dan tanda-tanda yang terserlah itulah dapat mengenali seseorang itu memiliki sifat ego. Di antara ciri-ciri ego itu adalah seperti berikut :-
1)Menolak Tuhan. Inilah peringkat paling tinggi keegoan manusia.
2)Tidak mahu mengakui akan kewujudan Tuhan ini yang menjadikan mereka berada di dalam kekufuran.
3)Menolak kebenaran. Biarpun terdapat golongan yang mengakui kewujudan Tuhan namun mereka yang salah faham akan keliru tentang Tuhan turut meletakkan diri mereka di dalam kekufuran. Turut berada di dalam kategori ini ialah mereka yang menolak kerasulan Nabi Muhammad SAW. Terdapat pula yang mengakui Allah SWT dan kerasulan Nabi Muhammad, namun mereka menolak kebenaran ajaran Allah SWT dan Rasulullah SAW. Mereka yang seumpama ini boleh jatuh kepada murtad atau kufur. Penolakan atas dasar lemah iman dan tidak boleh melawan tuntutan nafsu, syaitan dan kepentingan dunia maka kedudukan mereka sebagai zalim. Andainya berpunca dari kejahilan, namun tidak terlepas juga sebagai mereka yang ego tinggi yang dihukumkan sebagai fasik. Golongan ini pula sangat meremehkan dosa pahala dan tidak suka memperkatakannya. Apa sahaja yang dibuat tidak mahu dikaitkan dengan persoalan dosa pahala atau halal haram. Keegoan mereka ini seolah-olah mahu bebas. Tidak mahu adanya sebarang keterikatan dengan hukum Allah SWT. Begitu juga dalam kontek kekuasaan Allah SWT, mereka tidak mahu mengaitkan sesuatu peristiwa atau perkara itu dengan bukti kekuasaan allah SWT yang Maha Kuasa. Sesuatu kejadian samada kejayaan, kegagalan mahupun musibah pada mereka lebih nampak kepada sebab atau faktor kejadian tersebut. Dalam soal usaha ikhtiar, mungkin juga boleh diterima sebagai faktor sebab yang terhasilnya sesuatu yang hakikatnya dengan izin Allah SWT. Apa yang anehnya sebagai memperlihatkan ego adalah bencana alam seperti gempa bumi, banjir, kemarau, jerebu, tanah runtuh yang sifatnya tidak ada campur tangan manusia, pun tidak mahu disandarkan kepada kekuasaan Allah SWT. Lantas dengan cepat mereka mengatakan itu semua adalah lumrah alam atau perkara biasa.
4)Tidak mahu menerima teguran dari orang atau pihak lain. Seolah-olah merasa rendah atau tercabar atau terhina andainya kebenaran itu keluar dari mulut orang lain. Lebih-lebih lagi sekiranya sesuatu yang benar itu datangnya daripada orang bawahannya atau orang yang dianggap status sosialnya lebih rendah.
5)Seringkali menzalimi orang lain apabila seseorang itu memiliki kuasa. Dia akan gunakan kuasa itu bukan sebagai amanah atau tanggungjawab tetapi sebagai peluang untuk menindas atau mendatangkan kesusahan kepada orang lain. Andainya roda pusingan kehidupan menjadikan gilirannya pula berada di bawah atau menjadi pengikut, ketika itu dia akan menjadi orang yang paling sukar untuk taat setia kepada pihak atasannya. Egonya itu membuatkan dia menjadi amat sukar untuk tunduk kepada peraturan dan perintah ketuanya.
6)Sering sahaja bercekak pinggang sebagai gambaran membesar diri. Sifat egonya itu terzahir dalam perbuatan bercekak pinggang biarpun tanpa disedarinya.
7)Payah hendak bertegur sapa kecuali kalau orang lain mendahuluinya. Dia merasakan tidak layak untuk menghormati orang lain seolah-olah orang lain yang patut menghormati dirinya.
8)Isi perbualan atau percakapannya sering saja melebihkan diri biarpun dalam nada tutur kata yang lunak. Apatah lagi bila ada peluang bercakap besar dan lantang. Selalu berwajah serius dan masam. Ditambah pula dengan sikap yang kurang mesra.
9)Sangat memilih kawan terutamanya di kalangan orang yang setaraf sahaja. Kadang-kadang lebih suka berada di tengah-tengah orang yang lebih rendah bukan kerana merendah diri tetapi mengharapkan agar dirinya kelihatan lebih menonjol. Dan begitulah sebaliknya cuba mengelak berkawan dengan orang yang lebih atas kerana tidak mahu kelihatan dirinya rendah.
10)Sangat mudah tercabar oleh kebaikan orang lain. Apatah lagi apabila dicabar maka sangat tidak dapat menguasai emosi. Mudahnya tercabar itu samada akan memberi tindak-balas atau terus merajuk dan membawa hati.
11)Mudah menjadi marah terutamanya kalau orang lain yang membuat silap, lebih-lebih lagi kalau kesilapan itu tertimpa ke atas dirinya. Kalau dia terbukti bersalah sangat sukar untuk meminta maaf. Dan apabila orang lain yang bersalah pula sangat sukar memaafkan.
12)Tidak boleh ditegur atau tidak mahu menerima teguran. Teguran boleh menyebabkan dia sakit hati malah timbul dendam terhadap orang yang menegurnya.
13)Sangat suka dipuji malah sentiasa menunggu-nunggu sahaja akan pujian orang kepadanya. Kalau dia mendengar pujian terhadap orang lain di hadapannya maka timbul sakit hati kepada orang yang memuji itu dan sakit hati kepada orang yang dipujinya.
14)Sangat suka berbahas. Dalam perbahasan pula sering meninggikan suara. Berbahas pula bukan hendak mencari kebenaran tetapi hendakkan kemenangan walaupun salah.
Kesan sifat ego ini sangat merbahaya dan dahsyat. Lihat sahajalah Firaun, Namrud dan Hamman, kerana egolah mereka sanggup menderhakai Tuhan. Bahkan sanggup mati di dalam kekufuran. Biarpun berbagai bencana Tuhan datangkan sebagai amaran dan ancaman, semuanya tidak menjadi pengajaran, iktibar dan ingatan. Apalah ertinya mempertahankan ‘kenikmatan’ ego itu sedangkan menanggung seksa dan laknat Allah SWT.